Monday, January 5, 2009

Cuba fikir seminit kawan..."Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?" tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta kerana sakit kronik.

Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.
Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.
Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)
Amalan membebankan keluarga si mati
Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.
Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersa"Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telahbda: didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.
Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.
Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.
"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut
Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.
Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah
Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.
Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.
Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya."
"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.
"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).
Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.
"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.
"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, "
kata Nik Aziz.
Kenyataan pahit dan mengejutkan
Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.
"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya
"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi
Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.
"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan. Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.
"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.
Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."
Menghidupkan agama bermula dengan keghairahan, emosi dan kecelikan iman. Jika tidak kerana Imam Hussein terpenggal kepalanya di Karbala, tidak akan ada Zainab yang dengan penuh keradangan, emosi dan kesungguhan iman tampil ke hadapan untuk mempertahankan agama, langsung menghidupkannya.


Kira-kira apa yang dmaksudkan pada perenggan di atas ialah hubungan dengan Tuhan ialah hubungan dengan Kekasih, kerana kita sangat mencintai-Nya maka kita dengan penuh emosi menjadi buta, (atau mungkin sahaja celik, bergantung pada orangnya) dengan cara itu sahaja kita dapat menghidupkan agama. Hubungan �buta� Zainab itu, atau (untuk sesetengah orang): pengorbanan �membabi buta� Imam Hussein itulah yang telah mencelikkan mata manusia dan sekaligus menghidupkan agama.
Agama tidak bermula semata-mata dengan akal (meski akal sungguh bermakna), atau dengan buku (termasuk novel-novel saya) atau tidak juga dengan kajian (katalah Abdolkarim Soroush). Agama memang bermula dengan agama, dan ayat-ayat al-Quran (meski ada yang merasakan ia tertempel tiada guna) ketika kita memilih untuk menjawab segala persoalan duniawi dan masyarakat yang sedang kita geluti.
Benar, kita juga bermula dengan akal, buku, dan kajian (pada tempatnya) dan kerana kita ghairah kepada agama dan kecintaan kita pula amat tebal sehingga kita menjadi �asyik dan buta�, kita memilih untuk menjadi manusia beriman. Kerana �makin buta� kita, makin kita menjadi manusia bertakwa, meniti malam yang gelap dengan penuh hati-hati yakni meniti hidup dengan penuh kajian, berfikir, mencerna dan sentiasa dipandui iman (juga al-Quran yang menurut sesetengah orang tiada guna dan hanya tempelan sahaja).
Tidak mungkin kita mempertanyakan kejujuran Imam Hussein menyerah diri terkorban di Karbala begitu. Tidak mungkin juga atau barangkali tidak munasabah sama sekali kita tanyakan apakah Zainab al-Kubra sebenarnya jujur dan apakah perhitungan akliahnya sihat atau tidak (kerana mereka memang memilih menempuh jalan pengorbanan meski terpancung kepala)
Menjadi atau mengaku filsuf memang boleh dan memang kerja mudah, apatah lagi jika dia memang seorang wartawan atau penulis pojok yang perasan. Mudahnya kegiatan ini seperti mudahnya meminta seorang sasterawan seksi menulis prakata untuk buku falsafahnya dan menyalak sesekali atau sesekala dengan siri kuliah yang mempersoalkan kredibiliti kenabian dan merombak konsep ketuhanan.
Oh jika perlu lagi, boleh pula berhujah di kedai-kedai kopi, mungkin juga restoran Cina (untuk menunjukkan diri toleran) sepanjang hari dan detik. Akan terasa amat autentik sekali. Tambah-tambah lagi jika ada seorang dua mahasiswa yang alpa dan percaya mati-mati kerana telah lali (atau tuli) mendengarkan kehebatannya memperkenalkan konsep-konsep yang amat asing dari dunia dan budayanya sendiri.
Kita sememangnya diminta 'memplagiat' ayat Quran, bukan itu sahaja, kita diminta menjadi al-Quran, berperibadi dan berakhlak umpama al-Quran, dan mencipta generasi al-Quran, dan sebagai orang yang adil kita akan sentiasa mengutip petikan, nama pengarang atau tokoh dan buku rujukan yang munasabah seraya �buta oleh keimanan�. Memang sepanjang jalan keilmuan ada tokoh yang kesesatan jalan, tak kita nafikan ada yang baik dan murni sekali sehingga kita berdoa mereka diberi ganjaran pahala oleh Tuhan.
Kerana dengan itu, kita dapat berlaku adil, dan dengan itu hujah kita menjadi lebih punya authority kerana apa lagi yang lebih punya authority kalau tidak Tuhan dan Nabi, juga orang yang memilih untuk mengikut Tuhan dan Nabi?
Hati-hatilah, terutama jika filsuf palsu ini memang dikenali suka memutar-belitkan dunia (malah ayat al-Quran!) dengan kata-kata dan pesan sia-sia, atau memang kita tahu dia merujuk dan bersandar kepada manusia-manusia bukan ahlinya. Sang filsuf ini tepu propaganda tetapi tidak ada kedalaman pemahaman terhadap al-Quran.
Masakan tidak! Fakta kes: Saat mereka merujuk ayat al-Quran "Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan terang. Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya kami dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (Al-Maidah:48)".
Ayat ini telah terpilih (setelah digodam, dirujuk al-Quran bila perlu) sebagai asas pluralisme agama bahawa semua agama itu murni dan baik dan boleh masuk syurga. Wah bukan sedikit orang terpesona dengan idea John Hick ini (misalan) ramai sekali mahasiswa muda yang sedang mencari terlongo dan terbelalak biji mata mendengar konsep ini, fuhh sangka mereka, sungguh autentik sekali!
Dan tidak ramai pun peduli untuk membaca ayat itu sepenuhnya, kerana sebelum ayat di atas, sudah ada ayat "Dan Kami telah Turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa Kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu."
Dia, juga mereka, terlupa ketika menyamakan semua agama itu betul, bahawa Tuhan (Tuhan yang sama menurunkan ayat tadi) menurunkan pula ayat lain: "Mereka berkata Allah Yang Pemurah itu mempunyai putera. Katakanlah sungguh telah kalian kemukakan sebuah penghinaan yang dahsyat! Hampir-hampir langit terbelah kerananya, bumi membelah dan gunung-ganang berhamburan (Maryam: 88-90)."
Kerana mereka terlalu berpaksikan akal, mereka tidak dapat menafsirkan hakikat, kita berlindung dari syaitan yang direjam. Lihatlah betapa ceteknya kefahaman filsuf ini!
Sesungguhnya dia mencipta-cipta kocak air longkang hanyir yang ditepuk-tepuk, lalu terpercik ke muka sendiri. Sungguh dia tidak berhati-hati, apakah sama orang yang mengetahui dan tidak mengetahui al-Quran?
Ramai pembaca dan pengekornya tidak pun sedar kerana dia sedang asyik bermain air lendir, lalu sepertinya juga, mereka menjejerkan sekian nama ahli falsafah dengan penuh kejahilan sambil menjaja dirinya, diri mereka, sebagai pandai agama kerana mahu melihat zaman dengan akal dan ingin menggunakan semua medan publik untuk mencapai cita-cita muluknya. Begitu hebat hingga ramai yang belum habis belajar terpesona dengan hujah lidahnya.
Entah apa bobroknya, dan dimana sialnya, semua filsuf sesat ini harus ada juak-juak bedebah yang akan melolong menjualkan kesesatan. Walau bagaimana hodoh sekalipun wacana penulis itu dalam pojoknya, pastilah ada pengampu yang melulu.
Jika dia tidak berfikir, dia lama-kelamaan akan menjadi Yazid dalam medan kehidupan. Sampai begitu sekali percaya bapanya (oh filsuf ini ada bapa!) lalu memberitahu dunia, 'anaknya', si filsuf tadi berpaksi oleh rasionaliti dan masyarakat harus merestui. Meskipun itu hakikatnya dia sedang memusuhi Hakikat demi mempertahankan keyakinan bejat dan bobroknya, di hujung kelak, dia mahu dikenang dengan �kemewahan�, monyet-monyet yang menari di istana, perasan menjadi pemikir dan pembebas, dan sehimpunan pengikut yang sesat akan menolongnya bertambah sesat. Persis Yazid!
Disitulah dia bermula, dan dia tidak sedar, seperti Yazid (juga 'bapa'nya) bahawa analisa bebalnya, yang menentang Tuhan itu sentiasa benar dan dia percaya bahawa dia benar, dia cipta konsep-konsep tersebut untuk memuja dirinya dan konsep sesatnya itu. Wah, bahkan Yazid sendiri tidak sampai mengaku analisanya transendental!
Bagaimana dia tidak dianggap filsuf sesat, jika dia menjual dirinya sebagai ahli fikir yang bijak, yang telah bermukim di seberang, menyenaraikan judul buku yang dibacanya, atau mengatur siri kuliah dan ceramah yang juga didanai musuh agamanya, aduh�celaka itu!
Daripada seorang penulis pintar mengenai dunia haraki, daripada seorang wartawan yang tajam mata penanya, dia menjadi filsuf sesat yang tidak sedarkan kesesatannya - apatah lagi jika dia memang tidak mengenal dirinya!
Saya mengasihaninya. Dari seorang penulis yang faham Islam mendadak menjadi penentang dan musuh agama, demi kerana ingin mendapat perhatian yang sedikit, perhatian bumi. Sehingga dia terlupakan perhatian langit.
* Dia tidak punya apa-apa, justeru dia memang terpaksa berhempas pulas memaksakan orang mempercayainya kerana dia hanya berminat untuk meneruskan jajaan falsafah sesatnya, dia hanya berminat dengan puji puja sekumpulan remaja yang belum sempurna memahami latar belakangnya. Oleh kerana dia memutar belitkan, suka atau benci, akan ada yang terpengaruh dengannya. Dia sangat rimas dengan dalil-dalil Quran, ya, seperti syaitan yang takut dan melolong kepanasan tatkala dibacakan ayat-ayat Tuhan.
SALAM.....Di kala rejim Zionis mengganas di Gaza dengan membunuh warga awam, terutamanya apa yang berlaku di Pantai Gaza, tiada satu negara Islam pun yang melakukan apa-apa untuk mengajar rejim Zionis.

Kelesuan dan kebisuan dunia itu telah memaksa para mujahidin Palestin yang terdiri daripada pelbagai fraksi penentangan untuk bangkit mengajar Zionis. Maka tarikh 25 Jun 2006telah menyaksikan bagaimana para pejuang Palestin telah melancarkan operasi "al-Wah al-Mubaddad" yang telah berjaya menyebabkan kerugian nyawa di pihak Zionis dan menawan seorang tentera Zionis.
Kesan daripada usaha tersebut, Gaza dan beberapa tempat di Tebing Barat telah diserang setiap hari dalam usaha Zionis memaksa para pejuang untuk menyerahkan tentera mereka yang telah ditawan. Seperti kebiasaannya, rakyat awam Palestin yang menjadi mangsa. Rumah-rumah, ladang-ladang, sekolah-sekolah, jalan-jalanraya, hospital, pasukan perubatan dan juga kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman dan keganasan Zionis. Malang sekali lagi, seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyeh, kemanakah dunia?, kemanakah masyarakat antarabangsa?, mengapakah sepi dan sunyi tanpa mengutuk kekejaman rejim Zionis tersebut. Akhirnya kesunyian masyarakat antarabangsa ini telah dipecahkan oleh tindakan berani Hizbullah yang berpusat di selatan Lubnan. Kejayaan mereka menyerang konvoi tentera Zionis serta membunuh lapan orang tentera dan menawan dua yang lain adalah tindakan yang paling nekad dilakukan oleh Hizbullah. Sekali lagi rejim Zionis ditekan apabila Hizbullah memberikan syarat pemulangan dua tentera tersebut dengan pertukaran tahanan warga Lubnan, Syria dan Arab yang lain di penjara Zionis. Tindakan mereka juga seolah-olah menunjukkan kepada para pemimpin Arab yang bacul bagaimanakah caranya untuk mengajar rejim Zionis. Persoalan yang berlegar di dalam masyarakat masa kini adalah, "Siapakah Hizbullah?" Syiah di Lubnan Lubnan merupakan sebuah negara Arab yang unik. Lubnan merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai latar belakag agama dan mazhab. Keunikan ini telah menyebabkan mereka terpaksa bersatu di bawah sistem demokrasi versi kepuakan (taifiyyah).
Sistem ini juga telah menjadi sebahagian daripada perlembagaan mereka, yang kononnya bertujuan untuk menjaga keharmonian. Pada hakikatnya bukanlah keharmonian yang ingin dijaga, tetapi kepentingan kaum Kristian Maronites yang merasakan ketuanan mereka di bumi tersebut.
Bayangkan bilangan mereka yang kurang dari 30% dan dikelilingi oleh majoriti umat Islam, tetapi mereka mempunyai kuasa yang lebih dan berpengaruh di negara tersebut Di kalangan kesemua kelompok itu, Syiah merupakan golongan yang paling minoriti dan lemah pada asalnya. Awal kurun ke-20 sehingga tahun 60'an telah menyaksikan bagaimana kelompok Syiah merupakan golongan yang terkebelakang dalam bidang ekonomi, pelajaran dan juga sosial.
Mereka lebih dikenali sebagai kelompok yang mengasingkan diri dan sering dilayan sebagai warga kelas kedua di Lubnan. Walau bagaimanapun hal ini telah mula berubah pada tahun-tahun 70'an. AMAL, sebuah pertubuhan yang menjadi payung kepada masyarakat Syiah, terutamanya di kawasan selatan Lubnan telah berusaha memperjuangkan nasib dan hak mereka sebagai rakyat Lubnan.
AMAL adalah singkatan kepada "Afwaj alpMuqawimah al-Lubnaniyah" (Batalion Penentangan Lubnan) dan AMAL di dalam bahasa Arab membawa maksud "Harapan". . Perubahan ini disebabkan oleh kehadiran Musa Sadr, seorang ulama berketurunan Syiah Najaf yang tinggal di Iran telah berhijrah ke selatan Lubnan. Sebagai anak murid kepada Khomeini dan seorang ulama Syiah yang disegani beliau telah berjaya menyatukan kelompok Syiah di Lubnan yang sebelum itu tidak bersatu. Beliau seorang pemimpin yang amat karismatik.
Ucapan-ucapan beliau telah dapat menarik ramai pemuda-pemuda Syiah untuk bangkit dan memperbaiki kehidupan mereka. AMAL yang diasaskan oleh beliau telah berjaya menyatukan para pemuda Syiah untuk melakukan perubahan terhadap kehidupan masyarakat syiah di sana.
Anak-anak muda yang sebelum itu kebanyakannya terpengaruh dengan fahaman kiri dan sosialis kini telah kembali ke jalan agama dan ke jalan Syiah yang dibawa oleh Sadr. Beliau telah berjaya meniupkan semangat revolusi di dalam hati para pemuda Syiah dengan membawa ideologi "Jihad Karbala" yang berinspirasikan kematian Hussein, cucu Rasualullah SAW yang telah dibunuh oleh Yazid bin Muawiyah.
Pada thaun 1975, ketika meletusnya peperangan saudara di Lubnan, Sadr telah menubuhkan sayap ketenteraan AMAL. Keadaan sosio ekonomi golongan Syiah yang teruk itu telah mendorong ramai pemuda Syiah untuk menyertai sayap ketenteraan tersebut.
Sikap tidak puas hati terhadap golongan Kristian Maronites yang berkuasa di Lubnan dan juga ahli Sunnah yang dominan juga telah mendorong AMAL untuk bersikap radikal. Pada tahun 1978, ketika berkunjung ke Tripoli, Libya, Musa Sadr telah diculik dan hilang sehingga hari ini. Kehilangan beliau telah menimbulkan rasa marah para pengikutnya yang telah diterjemahkan kepada sikap radikalisme dan kesungguhan untuk berjuang demi Syiah.
Walaupun beliau telah hilang, namun semangat revolusi beliau dan juga karismatik beliau sentiasa berada di dalam hati-hati para penganut mazhab Syiah di Lubnan sehingga ke hari ini. Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah sehingga kini sentiasa menyebut nama Sadr di dalam ucapan-ucapannya. Bagi Nasrallah, Sadr merupakan ikon kepada perjuangan Syiah di Lubnan. AMAL dan AMAL Islamiyyah Kehilangan Sadr telah membawa perubahan di dalam AMAL. Perkembangan AMAL yang drastik dan juga kemajuan mereka telah membawa pertubuhan tersebut menceburkan diri ke dalam bidang politik. AMAL, pasca Sadr telah dipimpin oleh golongan professional Syiah dari kalangan pemuda mereka. Nabih Berri, seorang peguam dan wakil golongan profesional Syiah telah diberikan amanah untuk memimpin AMAL. Di bawah pimpinan Berri, AMAL telah bertukar menjadi sebuah pertubuhan nasionalis Syiah.
Beliau lebih memperjuangkan nasib Syiah sebagai rakyat Lubnan dan memastikan golongan Syiah mendapat peranan yang lebih di dalam sistem politik Lubnan. Hal ini telah membuatkan golongan agama dan pemuda-pemuda pro-Iran tidak puas hati dengan Berri.
Bagi mereka, tujuan asal penubuhan AMAL menurut inspirasi Sadr adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam seperti Iran. Pada tahun 1982, satu peristiwa besar telah berlaku dan telah menyebabkan AMAL terus berpecah. Penjajahan rejim Zionis ke atas Lubnan dan juga operasi "Peace in Galilee" yang dilancarkan oleh Sharon pada ketika itu telah merubah lanskap AMAL. Rejim Zionis yang telah menerima kekalahan besar pada awalnya.
Ini dapat dilihat pada angka kematian 500 tentera mereka akibat operasi tersebut, sepertimana yang telah disebutkan oleh Robert Fisk di dalam bukunya Pity the poor nation. (Lihat: Fisk (1992), Pity, London: Oxford Univ. Press, hal. 270). Kerugian yang amat besar di pihak Zionis ini telah memaksa pati Likud yang memerintah pada waktu itu untuk menerima usul AS demi menyelesaikan isu penjajahan tersebut. Likud terpaksa mengambil keputusan tersebut kerana bimbang kehilangan sokongan rakyat terhadap mereka akibat kerugian besar yang mereka alami lewat peperangan tersebut. Ronald reagen, Presiden AS pada waktu tersebut telah menghantar Philip Habib sebagai wakil mereka untuk menyelesaikan peperangan tersebut. Philip telah menjadi orang tengah di antara rejim Zionis dengan kumpulan-kumpulan di Lubnan. Presiden Lubnan pada waktu itu, Ilyas Sikis telah membentuk Jawatankuasa Penyelamat Nasional yang terdiri daripada lima orang wakil kelompok-kelompok di Lubnan. Berri merupakan salah seorang daripada mereka. Melalui perbincangan dengan Philip, beberapa keputusan telah dicapai.
Antaranya, Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk gencatan senjata dan juga mengahalau para pejuang PLO yang berpusat di Lubnan keluar daripada negara tersebut. Perkara ini telah mendapat bantahan umat Islam secara majoriti di Lubnan. Presiden Lubnan yang baru naik menggantikan Sirkis, Rached Karami sendiri telah membantah keputusan tersebut.
Menurutnya, ia adalah pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan perjuangan menentang penjajahan Zionis. Keputusan tersebut juga dianggap bertentangan dengan inspirasi rakyat Lubnan yang ingin menghalau tentera Zionis keluar daripada negara mereka. Walaupun sepanjang tempoh penjajahan Zionis, sayap ketenteraan AMAL telah mendapatkan momentum mereka. Malangnya, apabila Nabih Berri menyertai Jawatankuasa Penyelamat Nasional tersebut, pendokong AMAL, terutamanya golongan agama, para pemuda dan mujahidin telah menentang beliau.
Perkara tersebut telah memaksa Hussain Musawi, orang nombor dua di dalam AMAL untuk membuat bantahan terbuka. Krisis tersebut telah cuba diselesaikan oleh Iran yang ingin menjadi orang tengah. Malangnya Berri enggan tunduk kepada keputusan Iran yang dilihat menyebelahi Musawi.
Natijahnya, Musawi dan ramai dari kalangan anggota AMAL meninggalkan AMAL secara beramai-ramai dan berpusat di Baalbak, di Lembah Bika. Di sana, pada 12 Julai 1982, dia telah menubuhkan AMAL al-Islamiyyah.
AMAL al-Islamiyyah ini menurut beliau adalah usaha untuk mengekalkan keaslian ajaran Khomeini dan juga Sadr di kalangan pengikut Syiah Lubnan. Kemunculan AMAL al-Islamiyyah ini merupakan titik awal tertubuhnya Hizbullah. Pengawal Revolusi Peperangan di antara Zionis dan rakyat Lubnan telah mengundang campurtangan Iran. Pada waktu yang sama penubuhan AMAL al-Islamiyyah, Iran telah menghantarkan lebih 1500 pengawal revolusi mereka ke sana melalui Syria.
Pada asalnya, tujuan para pengawal yang merupakan para komando revolusi Iran itu adalah untuk menyertai peperangan membantu rakyat Lubnan melawan rejim Zionis. Keadaan pejuang Syiah Lubnan yang serba kekurangan dan juga tidak terlatih telah menukar haluan para pengawal tersebut.
Mereka telah mengambil peranan sebagai pelatih kepada para pejuang Syiah AMAL al-Islamiyyah dengan pelbagai latihan peperangan. Mereka juga telah mendidik para pemuda Syiah dengan ajaran Syiah yang sebenarnya dan juga doktrin-doktrin Khomeini. Akhlak, kesungguhan dan juga semangat para pengawal revolusi telah berjaya menawan hati penganut Syiah Lubnan.
Di samping melatih para komando AMAL al-Islamiyyah dan mendidik mereka dengan ajaran agama, para pengawal tersebut juga tidak ketinggalan melakukan usaha-usaha kebajikan kepada masyarakat Syiah yang serba dhaif di Lubnan. Bermula dari saat inilah Syiah di Lubnan mula menjadi salinan karbon kepada kerajaan Syiah Iran. Para pengawal ini pada akhirnya telah berjaya menukarkan kawasan Bika kepada kawasan yang dikuasai sepenuhnya oleh Syiah berteraskan ideologi revolusi Iran. Rakyat Syiah Lubnan yang paa asalnya telah putus asa untuk berjuang telah berjaya dipulih semangat untuk berjuang.
Di bawah panji "Kehancuran bagi negara Zionis" yang dilaungkan oleh Khomeini, para pemuda Syiah Lubnan telah bangkit untuk memperjuangkan kemerdekaan Lubnan dan berusaha untuk membebaskan al-Aqsa. Antara para pemuda Syiah Lubnan yang telah dilatih oleh para pengawal tersebut ialah Abbas Musawi, pemimpin tertinggi pertama Hizbullah.
Antara fenomena baru yang berlaku pasca kedatangan pengawal revolusi juga ialah budaya cadur dan bertudung. Wanita-wanita Syiah Lubnan pra-kedatangan para pengawal tersebut adalah seperti wanita-wanita Lubnan yang lain. Budaya bertudung bukanlah sesuatu yang popular di kalangan mereka. Namun enam bulan selepas kedatangan para pengawal segalanya telah berubah selaras dengan kesedaran beragama di kalangan masyarakat Syiah Lubnan, terutamanya di kawasan Bika. Pengaruh revolusi ini akhirnya merebak ke selatan Lubnan yang didominasi oleh masyarakat Syiah. Suasana penjajahan Zionis dan juga peperangan yang berlaku di selatan telah mempercepatkan lagi pengaruh revolusi untuk tersebar.
Para pejuang Syiah telah menunjukkan kehandalan mereka bertempur dengan tentera Zionis secara militia. Perkara ini telah menyebabkan tentera Zionis menghadapi tentangan yang hebat dan juga kerugian nyawa yang banyak. Pencapaian yang mengkagumkan ini telah berjaya menarik ramai lagi para pemuda Syiah untuk menyertai jihad menentang Zionis. Hizbullah Projek jihad Syiah ini semakin berkembang. Pelbagai arus dan individu yang berpengaruh telah menyertainya, namun setipa kumpulan dan setiap individu mempunyai agenda yang tersendiri. Iran telah mengambil peluang untuk menyatukan mereka di bawah dua doktrin utama, "Bersatu di bawah Wilayah al-Faqih (Khomeini)" dan "Bersatu menentang Zionis".
Khomeini yang telah diziarahi oleh para pemimpin kumpulan-kumpulan Syiah Lubnan tersebut telah merestui penyatuan mereka dan menyeru mereka agar meneruskan perjuangan. Di bawah dua slogan dan doktrin tersebut, akhirnya pada tahun 1983, penyatuan kumpulan-kumpulan Syiah tersebut telah menubuhkan Majlis Syura Lubnan.
Mereka dipimpin oleh kepimpinan kolektif yang dianggotai oleh para ulama, iaitu Said Abbas Musawi, Syeikh Subhi Tafeili, Syeikh Hassan Korani, Said Hassan Nasrallah, Syeikh Muhammad Yezbek, Syeikh Afif al-Nablusi, Said Ibrahim Amin dan beberapa anggota profesional seperti Hussain Musawi, Muhammad Fineish dan Muhammad Ra'ad. Penyatuan ini telah berjaya menarik minat Syiah di selatan Lubnan untuk menyertai mereka. Kebanyakan Syiah di Selatan Lubnan, samada bersama AMAL ataupun merupakan mantan komando PLO. Mereka telah menjadi komando PLO sewaktu zaman kegemilangan PLO di zaman 70'an menentang Zionis.
Di bawah restu Khomeini dan juga Iran, para komando-komando tersebut akhirnya menyertai penyatuan Syiah yang baru ini. Mereka akhirnya telah dilantik menjadi para komando Majlis Syura Lubnan dan berjuang untuk tujuan revolusi Syiah. Usai penubuhan Majlis syura Lubnan, pertempuran dengan tentera penjajah Zionis menjadi semakin intensif.
Majlis Syura Lubnan akhirnya telah menggunakan syiar "Kami adalah Hizbullah (kumpulan Allah)" bersumberkan Surah al-Maidah (5): ayat 55-56.
Syiar atau moto ini akhirnya ditukarkan menjadi nama rasmi kepada kumpulan Syiah tersebut pada awal tahun 1984 menggantikan nama "Majlis Syura Lubnan". "Hizbullah � Revolusi Islam Lubnan" telah dipilih oleh Majlis Syura Lubnan menjadi nama baru mereka. Walau bagaimanapun nama ini tidak dihebahkan kepada umum. Nama tersebut hanya popular di kalangan kepimpinan dan pejuang Hizbullah sahaja.
Mereka lebih menonjolkan nama "Perjuangan Penentangan Lubnan" sahaja di dalam media dan di khalayak ramai. Mereka juga telah cuba menonjolkan diri mereka sebagai gerakan politik dan cuba menempatkan diri di dalam lanskap politik Lubnan. Antara jasa Hizbullah kepada masyarakat Lubnan adalah keupayaan mereka untuk menghalau tentera rejim Zionis daripada Bairut dan selatan Beirut. Mereka juga telah berjaya membuatkan tentera-tentera Zionis berundur sehingga ke selatan Saida.
Di Saida mereka telah membina pejabat rasmi Hizbullah. Di sana jugalah para pemuda Syiah yang lebih radikal telah mengambil keputusan meneruskan jihad melawan tentera Zionis tanpa memperdulikan strategi pertahapan Hizbullah di dalam peperangan. Kumpulan ini kemudiannya diketuai oleh Syeikh Ragheb Harb yang telah berjaya memimpin beberapa operasi melawan tentera Zionis.
Di atas usaha para pemuda inilah akhirnya pengaruh Hizbullah telah merebak ke Selatan Lubnan. Hizbullah dan kemerdekaan Selatan Lubnan 2000 Berdasarkan keputusan perundingan Philip Habib, para pejuang PLO terpaksa meninggalkan Lubnan secara beransur-ansur. Vakum perjuangan ini telah berjaya diisikan oleh Hizbullah. Di waktu kemunculan mereka, para pejuang ideologi lain seperti para pejuang Sosialis dan AMAL di bawah pimpinan Berri sudah lemah dan tidak berpengaruh lagi.
Peluang ini telah diambil oleh Iran untuk memperhebatkan bantuan kepada Hizbullah untuk meluaskan pengaruh mereka dan memperhebatkan perjuangan menentang penjajahan rejim Zionis. Selain daripada bantuan latihan ketenteraan, Iran juga telah menyalurkan bantuan kewangan kepada Hizbullah.
Sehingga 1987, dianggarkan jumlah bantuan Iran kepada Hizbullah mencapai 10 juta dolar sebulan. Bantuan kewangan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Hizbullah untuk khidmat-khidmat sosial mereka. Pelbagai sumber dari Iran telah dimanfaatkan oleh Hizbullah untuk melatih dan menerapkan fahaman jihad dan revolusi kepada generasi baru. Pada masa yang sama Hizbullah telah berjaya memenangi hati dan minda pengikut baru dan mengekalkan kesetiaan mereka melalui program bantuan sosial, hospital, klinik, pasar raya, restoran, koperasi, bantuan kewangan serta biasiswa kepada anak-anak mangsa perang.
Kebajikan mangsa perang juga sentiasa diambil berat oleh Hizbullah. J.L. esposito di dalam bukunya "The Islamic Threat: Myth or Reality" telah memetik laporan yang mengatakan bahawa Hizbullah telah menyediakan biasiswa kepada lebih kurang 40,000 orang pelajar pada tempoh tersebut. Majoriti daripada pelajar-pelajar tersebut kini telah menjadi aktivis mereka dan juga para mujahidin. Oleh kerana kerajaan Lubnan tidak mempunyai kekuatan ketenteraan yang hebat, maka kekuatan ketenteraan Hizbullah telah menjadi pelengkapnya. Rejim Zionis, walaupun telah berundur daripada Beirut, tetapi tetap menjajah selatan Lubnan.
Kawasan yang didominasi oleh puak Syiah itu telah menjadi sebahagian daripada wilayah "Israel". Pada waktu inilah Hizbullah mula menunjukkan kehebatan mereka. Sepanjang tempoh penjajahan, Hizbullah telah melancarkan peperangan gerila terhadap tentera-tentera Zionis yang menduduki wilayah selatan tersebut.
Bukan sekadar serangan di dalam Lubnan, Hizbullah juga telah melancarkan serangan ke atas kedutaan-kedutaan rejim Zionis di luar. Akhirnya, disebabkan kekelahan demi kekalahan dan juga kerugian nyawa yang semakin meningkat setiap hari, rejim Zionis terpaksa berundur dari Selatan Lubnan pada Mei tahun 2000.
Pengunduran tentera rejim ini telah mengharumkan nama Hizbullah dan telah meningkatkan lagi populariti mereka di mata rakyat Lubnan, terutamanya di kalangan pendudukan kawasan Selatan. Maka, tidak hairanlah sehingga kini, kawasan selatan Lubnan masih lagi menjadi kubu kuat Hizbullah.
Salam semua.....APABILA Bush menggunakan istilah Perang Salib dalam ucapan sejurus setelah serangan 11 Septembar 2001, maka dunia Islam sangat berhak untuk mencurigai dan menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.

Apa tidaknya apabila satu demi satu negara umat Islam dimamah. Selain dari kekacauan tradisional yang bersifat turun temurun di Baitulmaqdis, Kerajaan Islam di Iran diganggu sebaik-baik saja dijulang rakyat pada tahun 1979.
Senggang tidak berapa lama, dunia menyaksikan pula Perang Iran-Iraq, kezaliman di Sudan dan Darfur, Kabul dan Kandahar serta Baghdad, Falujah dan Janin. Ini diikuti dengan penyeksaan ke atas ribuan aktivis Islam di Penjara Abu Gharib serta membuang al-Quran ke mangkuk tandas di Guantanamao.
Sejak itu, hampir seluruh lorong kehidupan di serata dunia Islam tidak pernah aman. Ada-ada saja gangguan yang dicari, dicetus dan disuakan Bush, sekutu dan para proksinya. Lihat saja bagaimana seksanya Sudan, Algeria dan Turki walaupun berjaya membentuk kerajaan demokrasi yang sah.
Demikian juga dengan Kerajaan Hamas di Palestin terkini. Fenomena keganasan luar biasa di Beirut yang kini memasuki hari ke 18 adalah contoh di tangan.
Nampaknya, jubah dan jilbab umat yang tergantung masih segar dibasahi darah, belum sejat-sejat dan masih hidup menitik-nitik di serap pasir di bumi Lebanon.
Sembelih dengan pisau tumpul
Mereka sedang mabuk menyembelih leher umat dengan pisau tumpul; mengebom bukan saja kubu-kubu Hizbullah bahkan sasaran orang awam terdiri dari kanak-kanak, wanita, orang tua; memusnahkan hampir seluruh infrastruktur termasuk tergamak mengebom Pos PBB di Khiam yang sepatutnya menjadi pangkalan perlindungan yang paling selamat.
Sementelah pos PBB itu telah berada di situ sejak tahun 1978.
Pelan persidangan antarabangsa di Rome pada 28 Julai 2006 terus gagal menghadiahkan gencatan senjata. Ia tidak lebih dari hanya satu koktail sesi minum kopi kerana Yahudi yang berada di belakang AS itu memang tidak mahukan perdamaian.
Apa yang mustahak bagi mereka ketika ini ialah mengambil kesempatan melakukan pemusnahan meluas yang sehabis maksimum. Inilah yang di rujuk oleh Bush sebagai lanjutan Perang Salib yang berselindung di sebalik motto memburu keganasan.
Jika saya boleh tumpang sedikit dari fakta analisis mengenai Perang Salib seperti yang dihidangkan Utusan Malaysia 29 Julai 2006, siri pertama krisis Islam Kristian berlaku seawal tahun 1097 hingga 1099 yang dilancarkan atas permintaan Pope Urban II.
Siri keduanya bermula pada tahun 1147 di Perancis dan German, siri ketiga di antara 1189 hingga 1192 dilancarkan oleh Raja Frederic Barbarossa dan siri keempatnya adalah di antara 1202 hingga 1204 tahun yang dipayungi oleh King Innocent III.
Di sepanjang empat siri perang itulah sejarah dunia telah benar-benar menyaksikan dendam Eropah berpaksikan gerakan permusuhan Yahudi Nasara yang tidak kunjung padam. Ia bersambung dengan penjajahan, baik di Asia Barat, Asia Timur dan seluruh rantau sebelah sini setelah sempurna proses sekularisasi di cetuskan di Perancis dan Amerika-Eropah.
Ikut acuan penjajah
Kita lalu memasuki era dijajah. Berbekalkan fikrah rekaan jahat, �agama lain politik lain�, Amerika - Eropah meracuni aqidah seluruh negara umat Islam yang dijajah.
Mereka mula menanam benih perpecahan di mana-mana. Dalam konteks Tanah Melayu, mereka sengaja memunggah buruh India dan Cina nonIslam dari kedua-dua benua.
Melalui kaedah �divide and rule�, mereka asingkan lagi penempatan mengikut kelompok kaum berasaskan lokaliti. Baik di Tanah Melayu dan Indonesia atau di Timor Tengah, setelah seluruh logam, minyak dan hasil mahsul habis diperas, mereka lalu izinkan pula penubuhan parti-parti politik dalam petak-petak kebangsaan.
Setelah yakin yang telah muncul anak-anak didik yang telah sempurna disekularkan, tokoh-tokoh nasionalis setempat pun diizin bergerak dalam parti-parti kebangsaan untuk dihadiahkan kemerdekaan dan membentuk kerajaan.
Sungguhpun Barat memberi kemerdekaan, mereka tetap tidak lepas dan terus menyucuk hidung anak jajahan masing-masing agar terus kekal taat menjadi proksi mereka melalui kerangka perlembagaan sekular negara masing-masing.
Timbuni sesat lahirkan Umno
Dalam konteks Tanah Melayu, timbuni sesat inilah yang melahirkan Umno. Inilah segala punca kepada munculnya dasa-dasar dan program pembangunan, pendidikan, sosial, hiburan dan ekonomi yang keliru dan menggelirukan.
Kita boleh saksikan sendiri dari seribu satu macam penyakit sosial yang sedang galak merebak. Lantaran itu, tidak hairanlah walaupun kita diberi mandat untuk memimpin OIC, namun pemimpin Umno yang mempengerusikannya tidak pernah akan gigit rantai yang telah dikunci kelehernya oleh bekas tuannya.
Berbalik kepada Perang Salib, pengisytiharan Bush, Blair dan sekutunya bertolak dari insiden 9/11 telah mengesahkan Fasa Kelima dari pertentangan Islam vs Yahudi Nasara ini.
Telah lama mereka meracuni minda dan pegangan aqidah kita supaya mengasingkan politik dari agama sedangkan mereka sendiri tetap meneruskan dendam untuk menghancurkan Islam bertolak dari kuasa yang di ambil dari manipulasi politik.
Ertinya, mereka menyogok kita supaya hanya leka berritual dengan solat, zakat, puasa dan haji sahaja dan tinggalkan urusan politik tetapi mereka terus tetaplah tidak lepas-lepas menguasai tampuk kuasa di gelanggang politik.
Kita yang dibodohkan ini rupanya telah tertelan pil khayal. Kini, bagaikan sepat yang sudah tertelan pancing kita cuma menurut saja. Dalam keadaan menyaksikan saudara sendiri disembelih dibom dan dibedil itu pun, kita masih tidak mampu keluar dari lubang sekular sesat ajaran Eropah yang tersangatlah dalam itu.
Kita dipukau buru musuh yang bukan musuh
Kita digesa memburu pengganas seperti yang ditunjukkan Bush dan anehnya kita terus memikul bazooka. Hampir sah yang kita dipukau untuk memburu musuh yang bukan musuh sebenarnya.
Jika di Kashmir, mereka sengaja naikkan pemimpin beragama Hindu berketurunan Singh untuk menjadi penguasa, sedangkan mereka tahu yang 95 peratus dari penduduk Kashmir beragama Islam.
Demikian juga di Iraq terkini, mereka sengaja menaja kaum Syiah menjadi Presiden walaupun semua kita tahu yang majoriti penduduk Iraq itu dari kalangan Sunni.
Ringkasnya, percaturan politik dunia sedang diatur rapi oleh protokol Yahudi. Seperti Bush, Blair dan sekutu mereka �sesungguhnya orang-orang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah pelindung orang-orang bertaqwa.� (Sebahagian dari maksud Surah Al-Jaatsiyah Ayat 19).
Dengan keimanan dan keyakinan itu, saya masih pasti ada jalan keluar yang selamat untuk orang-orang yang bertaqwa mengalahkan mereka.
Mari kita sama-sama mencari pintu rahsia itu untuk memukul mereka esok atau lusa.
Berita-berita muktahir pula merekodkan rancangan jahat rejim Yahudi selanjutnya iaitu meranapkan rumah-rumah Palestin di Genting Gaza. - renunglah kengkawan...
( Kepada bakal-bakal...!!! hanya mengingati sesama mukmin )
Masihkah kau ingat..., ramai di kalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk mengadakan pelbagai majlis keraian, sama ada majlis kesyukuran sempena pemergian ke tanah suci Mekkah kerana menunaikan fardu haji, majlis kesyukuran kerana anak lulus periksa, majlis kerana meraikan kejayaan dalam kerjaya, tidak kurang juga majlis walimatul urus.

Tetapi sedarkah kita bahawa majlis yang dianjurkan itu benar-benar menepati inspirasi tuntutan ajaran Islam, dengan lain perkataan apakah majlis yang dianjurkan itu menitik-beratkan persoalan pantang larang agama, iaitu tidak terdapat upacara bersalaman antara jemputan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, memakai hijab (tudung kepala) mengikut kehendak hukum Syara�, tidak berlaku percampuran antara para jemputan lelaki dan perempuan secara bebas dan lain-lain.
Semua pantang larang itu dipelihara bagi menjamin keberkatan danrestu Allah SWT agar setiap majlis yang dianjurkan itu benar-benar meraih sumber pahala yang banyak dan berkekalan sampai hari kiamat.
Namun sikap kebanyakan orang Islam hari ini terhadap agama mereka sendiri berbeza-beza antara seorang individu dengan individu lain, ini kerana ada yang benar-benar belajar ilmu-ilmu fardu �ain di masjid-masjid atau di surau-surau, walau pun mereka ketahui bahawa ilmu agama yang dipelajari setakat SPM adalah tidak mencukupi bagi meniti kehidupan masa depan.
Mereka adalah golongan yang sering bersama dengan mereka yang arif tentang selok-belok agama seperti para ustaz, pensyarah, tuan guru, tok kiyai dan lain-lain bagi menanyakan sesuatu yang tidak diketahui atau pun mendapatkan khidmat nasihat berguna bagi melakukan sesuatu perkara itu agar menepati acuan agama Islam.
Seperti mengadakan majlis kenduri walimatul urus, agar ia berjalan mengikut kehendak Islam, maka pandangan para ulama� dan yang berpengetahuan agama perlu diambil kira, kerana dalam konsep pelaksanaannya pada hari ini berlaku kekeliruan antara yang dibenarkan oleh Islam dan yang bercanggah dengannya.
Bagi yang tidak mengambil peduli urusan agama dalam segenap agenda hidup mereka, apabila mengadakan majlis walimatul urus untuk anak-anak mereka, dianggap sebagai �raja sehari�, justeru mereka mencampur-adukkan unsur-unsur syirik yang menyebabkan penganjuran majlis walimah tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Bersanding dan persoalan lain yang tidak mendapat keberkatan Allah
Antara perkara yang dilakukan jelas bertentangan dengan ajaran Islam ialah majlis persandingan, ia merupakan cetusan daripada ajaran agama Hindu yang masih berkekalan dalam adat istiadat Melayu sampai ke hari ini, menurut De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah daripada pengaruh Hindu. Malah persandingan adalah adat yang diimport dari India yang tiada kena mengena dengan ajaran agama Islam yang suci.
Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatul urus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. maksudnya : �Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: �Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.� Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.
Ia tetap perlu dilakukan walau hanya dengan seekor kambing sahaja, ia bertujuan untuk memaklumkan kepada umum bahawa anak seseorang itu telah pun berkahwin bagi mengelak sebarang yang mungkin akan timbul pada masa akan datang, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : �Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.�
Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
c. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
d. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33).
e. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).
f. Majlis diselangi dengan nyanyian wanita atau tarian joget lambak dan sebagainya, ia amat bertentangan dengan Islam, kaedah Usul Fiqh ada menegaskan bahawa �matlamat tidak menghalalkan cara�.
.Bagi yang masih jahil dan bersungguh-sungguh ingin meneruskan ajaran Hindu ini, kita hendaklah terus menerus menjelaskan dengan hikmah. Walimatul urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan dengan sebaik-baiknya mengikut anjuran agama.
.Apabila mengadakan majlis kenduri kahwin jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.
Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan.
Alangkah sayangnya, jika majlis walimatul urus yang dirancang bukan sehari dua, malah berbulan-bulan dan mungkin juga bertahun-tahun, dengan para besan mengeluarkan wang yang bukan kecil jumlahnya, terpaksa meredah tol dan lebuh raya bertujuan untuk menjemput sanak-saudara agar memeriahkan majlis berkenaan, tetapi ianya dianggap tidak mendapat pahala di sisi Allah SWT, kerana penganjurannya disleit dengan perkara-perkara yang tidak disukai Allah.
Salam utk. semua.....(paradigm roh)Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak... sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku. . sakittttttttt........ sakit rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya...

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya.
Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..
Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. .

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul ana k2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.
Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... .. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. .......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.
Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.
Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.



'Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka?'
Renungan bersama....

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'perubatan melalui al-Quran'.
Kajian perubatan melalui al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam kitab suci itu. Antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah berpuasa, penggunaan madu lebah dan biji hitam (black seed).
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.
Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam...begitulah keagungan ciptaan Allah.
Orang yang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Petua Imam Shafie
4 perkara untuk sihat
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian daripada kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Cara tidur
1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para ulama dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.