Tuesday, March 10, 2009

menggunakan nama ALLAH....?

...tatkala hujan turun dengan lebat di Pondok, kilat sambar menyambar lalu petir menyulami, hancur lebur keimanan bagai dirodok, bagi rakan yang tidak menginsafi......
waduuuuh...bila difikir dan direnung sedalamnya..., kemana akhirnya...zzzzzzzzzzzzzzzzzz.
tak sanggup nak pikir dah....
...akhir-akhir ni, kedengaran dan terjelas secara terang isu penggunaan nama ALLAH pada bukan islam; isunya ialah menggunakan Nama Allah dalam buku terbitan mereka ( kristian ).......

Sunday, February 22, 2009

..beringat kepada fahaman yang menjatuhkan ISLAM...

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : �Sesungguhnya kamu akan mengikut Sunnah (jalan atau cara) orang-orang sebelum daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk lubang �Dab� nescaya kamu juga akan memasukinya.�
Hadis di atas menggambarkan kepada bahawa terdapat jenis manusia di kalangan umat Islam yang mempunyai pegangan atau pendirian yang kenyal dengan Islam, hingga apabila ada idea atau pandangan yang bukan daripada Islam yang dilihat dari segi zahirnya baik, maka ia diikuti dan dianuti walaupun ia sebenarnya boleh menjerumuskan seseorang iti ke lembah api neraka.
Sehubungan itu, Saidina Omar bin al-Khattab pernah berkata maksudnya : � Kekuatan/kemuliaan/keagungan Islam akan terhakis satu demi satu jika masih terdapat dalam agama Islam, orang Islam yang tidak kenal apa erti Jahiliyyah.�
Sesungguhnya bahaya yang cukup mengancam umat Islam dulu, kini dan selamanya walau di manapun mereka berada ialah, ancaman konsep kebaratan dalam segala aspek kehidupan mereka.
Perkara ini telah dijelaskan oleh seorang tokoh muslim kontemporari, iaitui Ustaz Anwar al-Jundi (Mesir) dalam bukunya �Memhami konsep islam yang betul� pada bab pertama, di mana beliau menegaskan bahawa, konsep kebaratan itu ialah menjadikan umat Islam dan Arab menerima pakai pemikiran yang bukan berorientasikan Islam sebagai paksi utama dan mungkin juga pemikiran yang diinspirasikan oleh puak barat secara total.
Pemikiran itu dijelmakan dalam bentuk Komunisme, Liberisme, Kapitalisme, Nasionalisme, Athisme dan berbaga-bagai isme ciptaan manusia yang meruntuh nilai-nilai harga diri manusia terhadap Pencipta mereka iaitu Allah SWT.
Malah ia menyumbang ke arah runtuhnya aspek kerohanian secara Islam atau cara berfikir islam yang sememangnya amat bertentangan dengan nilai negatif yang menjadikan manusia itu merasa bebas sepenuhnya tanpa ikatan dengan agama sepenuhnya.
Sesungguhnya matlamat atau tujuan utama kosep kebaratan ini ialah untuk menjauhkan orang Islam daripada berfikir secara Islam dengan rasa serba kekurangan dalam diri dan percaya ia berpotensi untuk dipertingkatkan, namun ia dirasakan sebagai satu agenda penting untuk tidak mampu bagi memajukan diri mereka keran ia telah dionarkan gambarannya di peringkat akar umbi lagi.
Bagi menghadapi ancaman bahaya tersebut, menjadi kewajipan ke atas setiap manusia bernama Islam untuk mengetahui serta memahami sedalam-dalamnya hakikat Islam itu sendiri yang sebenarnya memiliki ciri-ciri keistimewaan, sifat fitrah dan semula jadinya, konsep-konsep yang ada di dalamnya, faktor kualiti dan pada masa yang sama perlu mengetahui ancaman dunia barat yang sentiasa mencari ruang dan kesempatan bagi meruntuhkan aspek-aspek Islam.
Aspek pemikiran Islam yang berteras dan berpaksikan akar umbi dengan asal usul yang jelas dan matang mampu berdiri sendiri tanpa dibantu oleh anasir luar yang serba kekurangan dan ketandusan maklumat.
Yang menjadi duri dalam daging kepada Islam, terdapat segelintir pemikir bangsa Arab yang terikat penulisan mereka dengan unsur-unsur kebaratan, tetapi pada masa yang sama cuba dikaitkan dengan Islam yang kononnya ia boleh diintegrasikan, tetapi cara sedemikian sebenarnya akan memberi gambaran tentang Islam dalam bentuk yang menyimpang jauh dari keasliannya akibat kecetekan maklumat yang merugikan Islam itu sendiri.
Sehubungan itu, maka muncullah satu bentuk pendekatan yang bukan berasal dari barat dan bukan juga dari pengajaran Islam, malah ia merupakan satu pendekatan yang palsu direka cipta oleh golongan Yahudi Zionis yang terdapat dalam kitab Talmud (menggantikan kitab Taurat yang diturunkan ke atas Nabi Muasa a.s.) berasaskan kepada beberapa protocol yang disediakan khusus untuk meragukan orang Arab dan kaum muslimin.
Sesungguhnya manhaj keilmuan, kemasyarakatan, kejiwaan, berpolitik dan berekonomi yang telah digaris pandukan oleh barat mengandungi kelemahan yang amat ketara, ini kerana system barat mencampur-aukkan antara akal, hati, kebendaan, roh, dunia dan akhirat sebagai cara untuk menuju kesempurnaan.
Sedangkan aspek peningkatan bagi orang islam dalam membina manhaj tersebut, adalah berdasarkan kebenaran dan menuju ke arah kebenaran yang hakiki yang cuba diseleweng oleh Zionis di peringkat antarabangsa agar ia menjadi suatu pendekatan yang bersifat tidak Islamik.

Saturday, February 21, 2009

..Ingatlah, dendam perang Salib akan....

APABILA Bush menggunakan istilah Perang Salib dalam ucapan sejurus setelah serangan 11 Septembar 2001, maka dunia Islam sangat berhak untuk mencurigai dan menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.
Apa tidaknya apabila satu demi satu negara umat Islam dimamah. Selain dari kekacauan tradisional yang bersifat turun temurun di Baitulmaqdis, Kerajaan Islam di Iran diganggu sebaik-baik saja dijulang rakyat pada tahun 1979.
Senggang tidak berapa lama, dunia menyaksikan pula Perang Iran-Iraq, kezaliman di Sudan dan Darfur, Kabul dan Kandahar serta Baghdad, Falujah dan Janin. Ini diikuti dengan penyeksaan ke atas ribuan aktivis Islam di Penjara Abu Gharib serta membuang al-Quran ke mangkuk tandas di Guantanamao.
Sejak itu, hampir seluruh lorong kehidupan di serata dunia Islam tidak pernah aman. Ada-ada saja gangguan yang dicari, dicetus dan disuakan Bush, sekutu dan para proksinya. Lihat saja bagaimana seksanya Sudan, Algeria dan Turki walaupun berjaya membentuk kerajaan demokrasi yang sah.
Demikian juga dengan Kerajaan Hamas di Palestin terkini. Fenomena keganasan luar biasa di Beirut yang kini memasuki hari ke 18 adalah contoh di tangan.
Nampaknya, jubah dan jilbab umat yang tergantung masih segar dibasahi darah, belum sejat-sejat dan masih hidup menitik-nitik di serap pasir di bumi Lebanon.
Sembelih dengan pisau tumpul
Mereka sedang mabuk menyembelih leher umat dengan pisau tumpul; mengebom bukan saja kubu-kubu Hizbullah bahkan sasaran orang awam terdiri dari kanak-kanak, wanita, orang tua; memusnahkan hampir seluruh infrastruktur termasuk tergamak mengebom Pos PBB di Khiam yang sepatutnya menjadi pangkalan perlindungan yang paling selamat.
Sementelah pos PBB itu telah berada di situ sejak tahun 1978.
Pelan persidangan antarabangsa di Rome pada 28 Julai 2006 terus gagal menghadiahkan gencatan senjata. Ia tidak lebih dari hanya satu koktail sesi minum kopi kerana Yahudi yang berada di belakang AS itu memang tidak mahukan perdamaian.
Apa yang mustahak bagi mereka ketika ini ialah mengambil kesempatan melakukan pemusnahan meluas yang sehabis maksimum. Inilah yang di rujuk oleh Bush sebagai lanjutan Perang Salib yang berselindung di sebalik motto memburu keganasan.
Jika saya boleh tumpang sedikit dari fakta analisis mengenai Perang Salib seperti yang dihidangkan Utusan Malaysia 29 Julai 2006, siri pertama krisis Islam Kristian berlaku seawal tahun 1097 hingga 1099 yang dilancarkan atas permintaan Pope Urban II.
Siri keduanya bermula pada tahun 1147 di Perancis dan German, siri ketiga di antara 1189 hingga 1192 dilancarkan oleh Raja Frederic Barbarossa dan siri keempatnya adalah di antara 1202 hingga 1204 tahun yang dipayungi oleh King Innocent III.
Di sepanjang empat siri perang itulah sejarah dunia telah benar-benar menyaksikan dendam Eropah berpaksikan gerakan permusuhan Yahudi Nasara yang tidak kunjung padam. Ia bersambung dengan penjajahan, baik di Asia Barat, Asia Timur dan seluruh rantau sebelah sini setelah sempurna proses sekularisasi di cetuskan di Perancis dan Amerika-Eropah.
Ikut acuan penjajah
Kita lalu memasuki era dijajah. Berbekalkan fikrah rekaan jahat, �agama lain politik lain�, Amerika - Eropah meracuni aqidah seluruh negara umat Islam yang dijajah.
Mereka mula menanam benih perpecahan di mana-mana. Dalam konteks Tanah Melayu, mereka sengaja memunggah buruh India dan Cina nonIslam dari kedua-dua benua.
Melalui kaedah �divide and rule�, mereka asingkan lagi penempatan mengikut kelompok kaum berasaskan lokaliti. Baik di Tanah Melayu dan Indonesia atau di Timor Tengah, setelah seluruh logam, minyak dan hasil mahsul habis diperas, mereka lalu izinkan pula penubuhan parti-parti politik dalam petak-petak kebangsaan.
Setelah yakin yang telah muncul anak-anak didik yang telah sempurna disekularkan, tokoh-tokoh nasionalis setempat pun diizin bergerak dalam parti-parti kebangsaan untuk dihadiahkan kemerdekaan dan membentuk kerajaan.
Sungguhpun Barat memberi kemerdekaan, mereka tetap tidak lepas dan terus menyucuk hidung anak jajahan masing-masing agar terus kekal taat menjadi proksi mereka melalui kerangka perlembagaan sekular negara masing-masing.
Timbuni sesat lahirkan UMNO
Dalam konteks Tanah Melayu, timbuni sesat inilah yang melahirkan Umno. Inilah segala punca kepada munculnya dasa-dasar dan program pembangunan, pendidikan, sosial, hiburan dan ekonomi yang keliru dan menggelirukan.
Kita boleh saksikan sendiri dari seribu satu macam penyakit sosial yang sedang galak merebak. Lantaran itu, tidak hairanlah walaupun kita diberi mandat untuk memimpin OIC, namun pemimpin Umno yang mempengerusikannya tidak pernah akan gigit rantai yang telah dikunci kelehernya oleh bekas tuannya.
Berbalik kepada Perang Salib, pengisytiharan Bush, Blair dan sekutunya bertolak dari insiden 9/11 telah mengesahkan Fasa Kelima dari pertentangan Islam vs Yahudi Nasara ini.
Telah lama mereka meracuni minda dan pegangan aqidah kita supaya mengasingkan politik dari agama sedangkan mereka sendiri tetap meneruskan dendam untuk menghancurkan Islam bertolak dari kuasa yang di ambil dari manipulasi politik.
Ertinya, mereka menyogok kita supaya hanya leka berritual dengan solat, zakat, puasa dan haji sahaja dan tinggalkan urusan politik tetapi mereka terus tetaplah tidak lepas-lepas menguasai tampuk kuasa di gelanggang politik.
Kita yang dibodohkan ini rupanya telah tertelan pil khayal. Kini, bagaikan sepat yang sudah tertelan pancing kita cuma menurut saja. Dalam keadaan menyaksikan saudara sendiri disembelih dibom dan dibedil itu pun, kita masih tidak mampu keluar dari lubang sekular sesat ajaran Eropah yang tersangatlah dalam itu.
Kita dipukau, memburu musuh yang bukan musuh
Kita digesa memburu pengganas seperti yang ditunjukkan Bush dan anehnya kita terus memikul bazooka. Hampir sah yang kita dipukau untuk memburu musuh yang bukan musuh sebenarnya.
Jika di Kashmir, mereka sengaja naikkan pemimpin beragama Hindu berketurunan Singh untuk menjadi penguasa, sedangkan mereka tahu yang 95 peratus dari penduduk Kashmir beragama Islam.
Demikian juga di Iraq terkini, mereka sengaja menaja kaum Syiah menjadi Presiden walaupun semua kita tahu yang majoriti penduduk Iraq itu dari kalangan Sunni.
Ringkasnya, percaturan politik dunia sedang diatur rapi oleh protokol Yahudi. Seperti Bush, Blair dan sekutu mereka �sesungguhnya orang-orang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah pelindung orang-orang bertaqwa.� (Sebahagian dari maksud Surah Al-Jaatsiyah Ayat 19).
Dengan keimanan dan keyakinan itu, saya masih pasti ada jalan keluar yang selamat untuk orang-orang yang bertaqwa mengalahkan mereka.
Mari kita sama-sama mencari pintu rahsia itu untuk memukul mereka esok atau lusa.
Berita-berita muktahir pula merekodkan rancangan jahat rejim Yahudi selanjutnya iaitu meranapkan rumah-rumah Palestin di Genting Gaza.

-sesungguhnya buah fikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz patut dihalusi dan direnungi...hang nak gula; ambik, hang nak pelikat; ambik, hang nak suruh pangkah BN; PENAMPAR jawabnya....
diatas adalah hasil /buah fikir TG Nik yang dicintai, semoga beliau sentiasa sihat sejahtera -

..hanya UMNO/BN yang memberi kesenangan...butoh la

Hari tu aku pegi kat Batu Pahat,ada lawatan tapak untuk Projek Celcom ( site survey and develope ), sementara nak tunggu Celcom punya Cordinator...aku pekena roti canai kat kedai makcik jawa, aku duduk berdepan dgan seorang pakcik berketayap ( raut wajahnya hampir seiras pak kiyai sg.nibong ban 2 )..bermula dengan sembang dan ngobrol biasa, sampailah kepada cerita cari makan/projek ( sah, orang kuat timbang kati ni ).
Ngobrol punya ngobrol.....aku dapat kesimpulan; lelaki tua ni hanya tahu, bahawa yang memberi projek @ hasil makanan, hanya UMNO/BN saje....aku malas nak melawan, nanti dikata kurang ajar pulak..tak pun kena libas dengan tongkat...lepas tu aku pun berlalu.....

jadi........
Lelaki dari Johor itu, kini berusia 77 tahun, sudah uzur dan berkerusi roda. Beliau bukan dari kalangan kepimpinan tapi sebagai ahli biasa. Seperti juga dengan para fanatik Umno yang lain, menganggap satu-satu parti yang boleh menolong orang Melayu hanya Umno.
Sukarnya untuk mengikis persepsi seperti itu yang sudah lama mendampar dalam diri segelintir masyarakat Melayu, seumpama sukarnya untuk menghilangkan tabiat merokok bagi pencandu rokok (terutama rokok gudang garam dan lenteng)
Mantan Presiden PAS, Allahyaraham Ustaz Fadzil Nor semasa hayatnya pernah membayangkan kesukaran untuk membuang tanggapan salah yang membelenggu minda orang Melayu sekian lama - hanya Umno yang mampu memerintah.
Keberhasilan dari saranan sihat Ustaz Fadzil itu sangat hambar. Biarpun natijah dari saranan itu sebenarnya mengajak kepada kemurnian akidah. Namun para egonis dari Umno tetap berpaut pada dahan lama.
Kesan selanjutnya dari fahaman tersebut adalah seperti digambar dalam sebuah kisah. Suatu hari Khalifah Hisyam bin Abdul Malik dari Dinasti Umayyah naik ke atas mimbar di ibu kota Damsyik, menyeru sekalian rakyat, "Wahai segenap penduduk negeri Sham! Allah telah membasmikan penyakit cacar, kerana kepimpinan ku."
Sebelum khalifah mahu melanjutkan pidatonya, berdiri seorang lelaki dari kalangan pendengar, memotong pidatonya, "Wahai Amirul mukminin, benarkah bahawa rahmat Allah turun kepada kami kerana engkau?" katanya dengan sinis.
Pertanyaan daripada lelaki itu membuat sang khalifah bangkit dari egoan lalu berishtigfar!
Mereka yang hanyut dengan pemikiran seperti �veteran Umno� itu terdapat di mana-mana.
Walau pun terkadang mereka sedar, bahawa opini itu salah dari kaca mata Islam, kerana boleh terjerumus kepada kesyirikan, namun untuk membuangnya menjadi sukar disebabkan beberapa hal seperti kefanatikan kepada sesuatu fahaman atau doktrin. Selain dari diri sudah lama disemai oleh rasa ujub dan takbur.
Kisah Titanic yang terkenal itu, merupakan sebuah potret paling jelas tentang teknologi yang menghasilkan rasa ujub dan takbur, yakni kekaguman segelintir manusia pada kehebatan dirinya sendiri bersama teknologi canggih yang berjaya dihasilkan, sehingga membuat mereka kehilangan akal sihat, lalu menyangka kemampuan manusia boleh menandingi kemahakuasaan Tuhan.
"Inilah kapal yang tidak boleh ditengelamkan oleh apa pun," kata para pengagum Titanic, saat kapal itu melakukan pelayaran dari South Hamton (England) menuju New York (Amerika Syarikat), pada 14 April 1912.
Di saat kapal mewah yang memuat 2,235 orang penumpang melintasi samudera Atlantik, dan mulai memasuki wilayah perairan Kanada, Allah mencabar keegoan dengan menghadang mereka melalui bongkah air batu yang mengepung di tengah laut.
Dilanggar bongkah besar itu, akhirnya kapal raksasa pecah dan hancur berkecai. Air segera memenuhi seluruh ruang yang ada, lalu berhala teknologi itu pun tengelam di laut dingin, bersemayam selamanya di dasar laut, empat kilometer dari permukaan , bersama para penumpangnya.
Bagi Allah menenggelamkan berhala teknologi seperti Titanic adalah perkara yang teramat mudah.
Tujuan tauhid adalah menidakkan komitmen terhadap selain Allah SWT. Sedangkan syirik adalah pencampuran komitmen kepada Allah dengan komitmen kepada selain-Nya.
Menganggap hanya Umno boleh memberi kesenangan kepada orang Melayu merupakan suatu tanggapan yang boleh merosakkan akidah seseorang dan perlu dibuang jauh-jauh.

- tulisan ini ditokok tambah daripada idea dan lakaran bertulis rakan dan kawan, dengan niat serta tujuan; demi kebahagiaan beragama dan kewarasan berfikiran -

laju betul motor tu...!!!!

Mat Rempit tu tiba-tiba menahan seorang Pak Kiyai yang sedang menghisap Rokok Gudang garam, lalu terus menyoal : " apa kena mengena Dosa/pahala dalam mengundi..?..kan mengundi tu proses biasa dalam amalan demokrasi, hanya masalah dunia je...apa pulak ada kaitan dengan Agama..? Lalu Pak Kiyai mengambil sebatang Rokok Gudang Garam nya lagi..menjawab dengan sepenuh confiden nya : Begini, tanggapan sedemikian merupakan sesuatu yang sering dimomok-momokkan sebilangan orang, terutamanya mereka yang mengasaskan dasar politik mereka di atas dasar sekular.
Tambahan pula, media massa di negara kita, sememangnya memihak kepada apa yang saudara dakwakan.
Rakyat disajikan terus-menerus mengenai gagasan yang memisahkan antara politik dengan agama daripada penghidupan.
Kebetulan di negara kita, parti politik yang memperolehi kuasa atas nama demokrasi, tidak berteraskan Islam. Malah kadang kala semacam memusuhi politik Islam.
Oleh kerana itu ia mencetuskan persepsi sebagaimana yang saudara sebutkan, iaitu menafikan kerja-kerja pilihan raya dengan belanja dan tenaga yang besar, dinafikan ia mendatangkan apa-apa pahala.
Islam pada hakikatnya, tidak terpisah dan tidak akan sesekali berpisah dengan penghidupan secara total.
Islam itu adalah segala-galanya dalam kehidupan Muslim. Mahu tidak mahu sebagai umat Islam, kita mesti menerima hakikat bahawa Islam itu adalah cara hidup yang lengkap.
Inilah maksud sebenar daripada firman Allah (mafhumnya): "...Pada hari ini (hari Nabi Muhammad s.a.w. mengerjakan haji wada'), Aku (Allah) telah sumpurnakan bagi kamu agama kamu (Islam), dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku, dan aku reda Islam itu menjadi agama (anutan) kamu..." (Surah al-Maidah, ayat 3)
Inilah ayat yang menyimpulkan kesempurnaan Islam itu sebagai suatu cara hidup.
Jika politik terpisah daripada Islam dan Islam tidak boleh dipolitikkan, bagaimana kita hendak memahami kesempurnaan Islam?
Rasulullah s.a.w. sendiri menghayati erti kesempurnaan Islam itu dengan baginda sendiri menjadi pemerintah negara dengan melaksanakan semua perintah Allah.
Bagaimana mungkin segala perintah Allah boleh dilaksanakan jika kuasa pemerintahan tidak ada di tangan baginda. Dan bagaimana mungkin umat Islam hari ini hendak melaksanakan perintah-perintah Allah, jika kuasa pemerintahan tidak berada ditangan orang-orang Islam.
Memerintah negara seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di Madinah, adalah suatu realiti yang wajib diimani bahawa itulah Islam yang sempurna.
Islam yang syumul disandarkan kepada kuasa politik untuk kepentingan Islam itu sendiri.
Sebaik sahaja Rasulullah dipanggil pulang oleh Allah, dan belum pun disempurnakan jenazah baginda, sahabat-sahabat besar berkumpul dan berhempas pulas untuk menyelesaikan masalah besar ummah iaitu mencari pemimpin untuk meneruskan pemerintahan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah.
Sahabat-sahabat berijmak atau bermuafakat untuk mencari pengganti. Ini adalah urusan politik yang mesti dibereskan terlebih dahulu.
Sahabat berpendapat urusan politik untuk meneruskan pemerintahan untuk kepentingan ummah lebih penting dari menyegerakan pengkebumian Rasulullah s.a.w.
Akhirnya mereka memilih Abu Bakar as-Siddiq sebagai ketua negara, memenuhkan kekosongan yang ditinggalkan oleh Rasulullah.
Politik Islam asasnya suci murni, memegang kuasa untuk memimpin ummah bagi menuju keredaan Allah.
Islam menjadi juara politik di zaman-zaman silam. Pemerintahan Islam, terus menerus menerajui ummah, seluruh penduduk dalam masyarakat majmuk, silih berganti berada dalam pemerintahan Islam dalam keadaan aman damai sepanjang hayat.
Sehinggalah ke awal kurun ke-20, atau lebih khusus sehingga kejatuhan pemerintahan Othmaniyyah Turki pada tahun 1924, Mustafa Kamal Ataturk mengubah pemerintahan kepada dasar sekular.
Bagi orang yang faham ilmu politik dan memahami hukum Islam, tentulah akan mengetahui kaitannya dengan dosa pahala.
Dalam amalan kehidupan, Allah memerintah manusia melakukan kebaikan (makruf) akan diberikan pahala, manakala yang melakukan kejahatan (mungkar) akan memperolehi dosa.
Membuat kebaikan walaupun seperti membuang seketul batu dijalan yang menghalang laluan orang ramai, nampaknya enteng tidak ada apa-apa, namun jika ia dibuat kerana Allah, ia adalah salah satu cabang iman yang akan diberikan pahala yang besar.
Begitu juga menegur atau menasihati orang supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak baik dan mengalakkannya berbuat baik, sudah mendapat pahala yang besar.
Inikan pula kerja mengundi dan bekerja dalam pilihan raya dengan tenaga dan wang yang banyak. Mengundi adalah kerja besar.
Dengan mengundi, kita boleh menukar kerajaan yang melakukan kemungkaran kepada sebuah kerajaan yang baru.
Sekiranya yang dijatuhkan itu adalah sebuah kerajaan yang tidak Islam, ditukar kepada kerajaan yang mendaulatkan Islam, bayangkan betapa banyaknya ganjaran yang akan diperolehi.
Bagaimana hendak dinafikan mengundi tidak ada kena mengena dengan dosa dan pahala, sedangkan ianya tidak terkeluar daripada 'irradatul insan' (tindakan manusia).
Amal manusia sekecil mana pun akan diberi balasan. Insan yang berniat melakukan sesuatu kebaikan, sudahpun dianugerahkan satu pahala. Melaksanakan niat itu, dibalas Allah dengan 10 pahala.
Ada hadis yang diriwayatkan oleh Umar al-Khattab (mafhumnya): "Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung dengan niat, seseorang itu akan dianugerahkan pahala mengikut niatnya."
Apakah niat saudara ketika mengundi? Tidak masuk akal jika saudara tidak ada niat.
Jika niat saudara mengundi seseorang calon bagi mendapat habuan di dunia, saudara akan memperolehi habuan tersebut.
Jika saudara berniat untuk mendapat habuan di akhirat, saudara akan mendapat habuan di akhirat.
Allah berfirman (mafhumnya): "Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah pada akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki kebaikan di dunia semata-mata, Kami akan berikannya kebaikan di dunia, dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (Surah as-Syura, ayat 20)
Ayat ini, dan banyak lagi ayat yang seumpama dengannya, meletakkan suatu gagasan yang nyata bahawa amal-amal manusia akan dibalas Allah di atas kebaikan atau keburukannya.
Allah SWT memerintah kita, dalam suatu ayat yang mahsyur (mafhumnya); "Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara menegakkan yang makruf dan jangan bertolong tolongan dalam menegakkan kemungkaran."
Menegakkan yang baik akan diberi pahala, menolong melakukan sesuatu yang jahat akan dibalas dengan dosa.
Atas itulah maka, apa yang kita lihat dalam kerja-kerja mengundi, adalah suatu pekerjaan yang besar, pasti akan diberi Allah SWT ganjaran, setimpal dengan apa yang kita niatkan.

...selangsungnya, Pak Kiyai tu terus memecut Citroen ZX nya...Mat Rempit tu pun mengangkat tangan kedua-dua belah tanganya, tanda kereta Pak Kiyai tu lagi laju dari motornya...

..ada jugak orang tanya..?

Si Hampeh bertanya : aku ni ahli perniagaan (pakai Citroen C6), apa yang aku nampak, politik ni kotor dan tak ada kena mengena langsung dengan agama...satu lagi, kenapa pulak aku nak pilih PAS, bukan UMNO? Pak Kiyai menjawab dengan sepenuh handsome nya : Sekular adalah suatu sistem yang difahami memisahkan agama daripada kehidupan.
Keseluruhan pemikiran politik yang diteraskan kepada materialisme yang melahirkan fahaman sekular adalah diasaskan ahli-ahli politik Barat, diasaskan kepada akal dan menolak wahyu sebagai alat berpolitik.
Oleh kerana itu, agama kepada sesetengah ahli politik Barat, tidak boleh dicampurkan dengan politik.
Wahyu sebenarnya di luar jangkaan akal manusia. Akal tidak mampu memahami kehendak wahyu. Manusia yang beriman perlu mengambil wahyu sebagai jambatan pengabdian terhadap Allah SWT.
Kefahaman yang diterapkan golongan orientalis menerima wahyu hanya untuk digunakan menyembah Allah, manakala mentadbir negara digunakan akal yang kononnya rasional.
Sekular adalah hasil ciptaan pemikir Barat yang berasaskan realiti dalam masyarakat Barat, khususnya di abad pertengahan sebelum zaman Kebangkitan Eropah (European Renaissance).
Pada zaman itu, masyarakat Eropah dikongkong oleh kuasa gereja. Gereja yang menentukan segala-galanya.
Orang-orang gereja (para Pope) yang paling berkuasa. Kata-kata dan tindakan mereka betul semuanya, tidak boleh disanggah walaupun ia tidak rasional.
Pemikir-pemikir politik Barat, sedar akan kemunduran kerana dijajah oleh keagamaan Kristian yang banyak tidak rasional terhadap mereka, menyebabkan negara mundur.
Dari sinilah lahirnya fahaman sekular yang memisahkan penghidupan dengan agama, sekali gus memisahkan agama daripada politik (daripada kalangan Kristian).
Meskipun itu boleh berlaku dalam masyarakat Barat yang berpegang dengan fahaman Kristianiti, ia berbeza dengan agama Islam.
Islam adalah agama yang secara tabi'enya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat.
Firman Allah (mafhumnya): "Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah), iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah ar-Rum, ayat 30)
Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Hukum-hukumnya rasional, mudah diterima akal dan rasional.
Tercatat dalam sejarah Islam dilaksanakan dengan masyarakat manusia, sejarah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada Tahun 1 Hijrah (622 M), terus menerus dilaksanakan dengan jayanya dan tersebar hingga ke seluruh dunia.
Islam berkembang dari Asia ke Afrika, ke Eropah ke Timur.
Sehingga Kerajaan Uthmaniyah di Turki, di bawah pemerintah sultan terakhir digantikan pemerintahan i'lmaniyyah (sekular) Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1924.
Ketika itu lenyaplah negara Islam yang sebenar, melainkan tinggal beberapa buat negara sahaja.
Pemikiran politik Islam bertitik tolak daripada kefahaman Islam yang tidak memisahkan Islam daripada pemerintahan.
Ia bersatu dalam satu perkataan di istilahkan sebagai Ad-Din, cara hidup yang lengkap, terungkap seperti firman Allah (mafhumnya): "...Pada hari ini, Aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku terhadap kamu, dan aku reda Islam menjadi ad-Din kamu (cara hidup yang sempurna)..." (Surah al-Maaidah, ayat 3)
Oleh kerana itu, kita umat Islam perlu terima hakikat, Islam adalah agama yang sempurna, termasuk cara berpolitik, memerintah cara Islam.
Jika kita menolak pegangan ini dan memilih yang lain, ia bermakna menolak ketetapan Allah dan merendah-rendahkan agama, seolah-olahnya cara hidup ciptaan manusia, lebih sempurna dari ciptaan Allah.
Merendah-rendahkan agama Allah boleh menyebabkan kerosakan akidah.
Oleh itu maka pemilihan untuk menyokong sesebuah parti politik dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul, bukan semata-mata terpengaruh dengan arus masyarakat.
Jangan sesekali menyokong sesebuah parti yang perjuangannya mendorong hanya kepada kesenangan dunia, lebih-lebih lagi jika perjuangan itu menjadi penentang kepada perjuangan Islam.

Dasar/perjuagan PAS adalah untuk kemakmuran...

Anggapan Islam itu hanya untuk orang-orang Islam sahaja adalah anggapan yang amat salah dan bertentangan dengan keadaan serta realiti.
Islam yang sebenar adalah untuk semua makhluk, ia untuk manusia seluruhnya, untuk makhluk seluruhnya.
Firman Allah (mafhumnya): "Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (Surah Saba' ayat 28)
Pada hujung ayat itu jelas Allah memberitahu, kebanyakan manusia, termasuk saudara, menganggap Islam hanya untuk orang Islam sahaja.
Tanggapan ini tidak benar kerana Islam adalah untuk semua makhluk.
Persoalan seumpama ini timbul di awal perkembangan Islam di Kota Mekah dahulu, di mana dakwah Nabi Muhammad s.a.w. hanya diimani dan diikuti oleh sebahagian kecil umat Arab sahaja, itu pun mereka dari golongan mustadh'afin (golongan kurang berdaya).
Bilangan pengikut Nabi Muhammad ketika itu amat kecil, terdiri dari golongan yang tidak ternama, kurang berdaya dan hamba sahaya.
Persoalan yang timbul ketika itu, bolehkah Muhammad mengubah masyarakat yang teguh berpegang dengan ajaran jahiliyah, adat resam yang ketat serta kukuh dengan ajaran menyembah berhala?
Namun Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetap yakin bahawa yang benar pasti akan menang dan yang batil pasti akan tumbang. >P>Firman Allah (mafhumnya): "Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah kebatilan; sesungguhnya perkara yang batil itu akan lenyap." (Surah Isra' ayat 81)
Perjuangan memartabatkan Islam adalah perjuangan yang benar, cuma pejuang-pejuangnya sahaja yang tidak bersungguh-sungguh.
Namun ada yang berjuang bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat sokongan ramai, sebab itu perjuangan Islam tidak dilihat (terserlah) kebenarannya.
Golongan yang bukan Islam perlu melihat kebaikan dalam pemerintahan Islam.
Malangnya di negara kita, mereka belum berpeluang melihatnya, sebaliknya ditambah dengan orang Islam (Umno-BN) sendiri yang sengaja memberikan gambaran buruk kepada Islam agar bukan Islam tidak menyokong PAS.
Jika orang Islam sendiri menerusi media-media yang dikuasainya memburuk-burukkan Islam, pemerintahan Islam dan undang-undang Islam, tentulah orang-orang kafir akan lebih menolaknya.
Bagi umat Islam yang sebenar, sudah sewajibnya mereka yakin dan percaya dengan kebaikan-kebaikan Islam. Ianya agama Allah. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tentulah agama-Nya penuh dengan kebaikan.
Antara perkara yang menyebabkan orang-orang kafir tidak mahu menerima Islam, adalah kerana umat Islam sendiri tidak menghormati agamanya.
Sekiranya dapat dilaksanakan hukum Islam yang syumul pastilah kebaikannya untuk semua manusia, Islam dan bukan Islam.
Firman Allah (mafhumnya): "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak berasa keberatan untuk menerima apa yang engkau telah putuskan (hukumkan), dan mereka menerima Islam sepenuhnya." (Surah an-Nisa' ayat 65)
Ayat ini mengisyaratkan kepada kebaikan hukuman yang diputuskan oleh Rasul berteraskan daripada al-Quranul Karim, di mana jika dilaksanakan hukum itu dengan baik, orang-orang kafir tidak keberatan menerimanya, setelah mereka membanding-bandingkan antara hukum-hukum ciptaan manusia dengan hukum-hukum Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.
Antara contoh yang boleh disebutkan, berlaku dalam sejarah, setelah tentera Tartar/Mongol menyerang dan mengalahkan umat Islam di Baghdad dan sekitarnya, mereka pada mulanya mahu memaksa umat Islam menganut agama penjajah.
Tetapi setelah mereka melihat dan mengamati kebaikan Islam, serta melihat keunikan dan kestabilan hukum-hukumnya, melihat akhlak orang-orang Islam, akhirnya tentera Mongol seluruhnya memeluk agama Islam.
Cita-cita PAS adalah jelas, ianya adalah untuk perjuangan jangka panjang, pasti akan tiba masanya Allah SWT akan menolong orang-orang yang memartabatkan agama-Nya.
Itulah keyakinan yang pasti akan berhasil jua akhirnya.

HANYA ISLAM, AGAMA DISISI ALLAH...

Bagi orang-orang yang percaya kepada al-Qurannul Karim sebagai Kitab Allah, kitab hidayah yang menerangi jalan yang benar, pasti akan meyakini sepertimana firman Allah (mafhumnya): "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah adalah Islam…" (Surah Ali-Imran, ayat 19)
Daripada sepotong ayat ini pun sudah dapat diyakini bahawa Islam adalah satu-satunya agama Allah. Kerana ayat tersebut adalah yang 'muhkamaat' iaitu jelas dan nyata.
Jika Allah menyebut dengan jelas seperti ayat di atas, maka Islamlah satu-satunya agama yang benar daripada dahulu, sekarang dan selama-lamanya.
Firman Allah (mafhumnya): "Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka tidak sama sekali akan diterima (oleh Allah) daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi." (Surah Ali-Imran, ayat 85)
Kisah turunnya ayat ini menurut Akrimah disebabkan oleh orang-orang Yahudi berdepan dengan Rasulullah s.a.w., mengingkari kerasulan baginda dengan hujah Nabi mereka Nabi Ibrahim a.s. adalah ikutan mereka dan Nabi Ibrahim a.s. adalah beragama Islam dengan kata mereka (orang Yahudi) "nahnu muslimun" yang bererti kami juga beragama Islam.
Rasulullah s.a.w. berhujah kepada mereka, "Jika kamu beragama Islam, Allah mewajibkan ke atas orang Islam menunaikan haji, apakah kamu menunaikan haji di Baitullah?"
Jawab mereka, "Kami tidak diwajibkan haji itu."
Lalu Allah mewahyukan wahyu di atas kepada Nabi Muhammad s.a.w., lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan wahyu tersebut kepada mereka.
Dalam ayat lain, Allah berfirman (mafhumnya): "Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak dan Yaakub dan keturunannya, dan apa yang diturunkan kepada Nabi-nabi, Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan (Nabi) seseorang pun antara mereka dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)." (Surah Ali-Imran, ayat 84)
Ungkapan 'muslimun' pada akhir ayat 84 ini, mengandungi pengertian yang amat mendalam. Berdasarkan tafsir yang muktabar, muslimun bererti beriman dan menyerah diri kepada Allah, ia juga bermaksud mentaati dan mematuhi apa sahaja hukum yang datang daripada Allah.
Ungkapan itu juga bererti agama kami adalah Islam, berpandukan kepada ayat 19 dan ayat 85, Surah ali-Imran.
Ia juga selaras dengan firman Allah dalam sepotong ayat (mafhumnya): "…dan Aku (Allah) reda Islam menjadi agama kamu…" (Surah al-Maidah, ayat 3)
Orang-orang yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya dan beramal dengan tuntutan Imannya daripada dahulu hingga sekarang dan ke hari-hari yang akan datang, diistilahkan sebagai muslimin atau muslimun.
Ia merujuk kepada perihal orang-orang itu telah menyerah diri kepada Allah.
Firman Allah (mafhumnya): "...Dan Dialah (Allah) yang menamakan kamu sebagai muslimun (orang-orang Islam) semenjak dahulu dan di dalam al-Quran ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu..." (Surah al-Hajj, ayat 78)
Oleh kerana itu Islam adalah satu-satunya agama Allah yang benar, agama tunggal dari dahulu hingga akhirat.
Akan tetapi telah dan sedang berlaku, Islam hanya tinggal pada namanya sahaja, orang-orang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan Islam, negara yang mendakwa sebagai negara Islam, tetapi amalan-amalan di dalamnya tidak berpandu kepada Islam.
Ada manusia yang diberi kuasa memerintah, mereka adalah Islam, beragama Islam, menggelarkan mereka muslimin, tetapi tidak melaksanakan hukum-hukum Islam.
Inilah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadisnya (mafhumnya): "Akan datang suatu ketika pada akhir zaman, Islam tidak tinggal kepada mereka melainkan namanya sahaja dan al-Quran tidak tinggal kepada mereka melainkan tulisannya sahaja..."
Istilah Islam yang merujuk kepada agama Allah yang sebenar dalam Quran amat banyak, sekurang-kurangnya disebut 10 kali seperti dalam Surah Ali-Imran (ayat 19, 67 dan 85), al-Maidah (ayat 3), al-An'am (ayat 125), az-Zumar (ayat 22), al-Hujurat (ayat 17), at-Taubah (ayat 74), Yusuf (ayat 101), as-Saff (ayat 7) dan ayat-ayat lain.
Semuanya membuktikan Allah menyebut berulang-ulang kali bahawa agama yang satu hanyalah Islam.
Adapun perkataan yang disebut Allah secara jelas seperti muslimin, muslimat atau muslimun, disebut amat banyak disebutkan dalam al-Quran, tidak kurang daripada 43 kali dalam 43 ayat yang berlainan.
Kesimpulannya, agama Allah hanyalah satu. Kerana itulah wajib dipertahankan keaslian agama ini. Jangan ada orang menokok atau menambah, meminda atau mengubah, kelak akan dimurkai Allah. Wallahu a'lam.

..menyelongkar maksud dan tujuan TAAT dan SYURA...

Ketika Ratu Balqis menerima sepucuk surat daripada Raja Sulaiman a.s, ratu itu telah bermesyuarat terlebih dahulu dengan mengumpulkan pendapat berhubung pendirian yang harus ditegakkan untuk mendepani seruan Tauhid oleh raja Bani Israel tersebut.

Ratu Balqis menyedari akan perihal kekuatan bala tentera Raja Sulaiman. Ratu telah mendengar kekuasaan dan kekuatan Raja Sulaiman itu bukan calang-calang. Bani Israel itu pernah ditakluk Jalut. Kemudian dibangkitkan Talut untuk mendepani Jalut.
Setelah itu, Jalut terbunuh oleh salah seorang tentera bernama Daud. Dan dengan kerana itulah Daud akhirnya diangkat sebagai raja yang bijaksana. Kini, anaknya Sulaiman telah mengambil takhta dan kedudukannya sebagai raja Bani Israel yang baru.
Ratu Balqis pernah mendengar kehebatan Daud. Baginda boleh melembutkan besi keras dengan tangannya. Tetapi, Daud juga gemar bersuluk sendirian menyanyikan lagu pujian kepada Tuhan dengan kitab Zabur (Mazmur).
Suaranya yang gemersik itu menyebabkan haiwan dan burung-burung yang berterbangan menjadi jinak, terpaku lalu ikut sama bertasbih mengelilingi Daud tatkala gurindam lagu pujian kemesraan kepada Tuhan itu didendangkan.
Pada zaman anak Daud, iaitu Sulaiman, burung-burung itulah yang menjadi bala tentera anak-anaknya. Sulaiman memahami jalan bahasa haiwan.
Dan, tadi Ratu Balqis telah menerima sepucuk surat daripada burung Hud Hud yang kini diangkat sebagai 'wartawan ' baru bagi mewakili Raja Sulaiman itu.
Ratu mula bermesyuarat . Lalu bermesyuaratlah baginda sang ratu bersama-sama para pembesarnya guna mencari keputusan dan mencapai kata sepakat berhubung isi kandungan surat Raja Sulaiman itu.
"Aku penyembah matahari walhal Sulaiman menyembah Tuhan yang tidak kelihatan, tak dapat dicapai pancaindera," si ratu berbisik sendirian sambil menunggu kehadiran para pembesar. "Agama kedua-dua kerajaan ini berbeza."
Balqis melihat surat Sulaiman itu berulangkali. Pada awal-awal surat itu tertulis nama Allah, Tuhan Raja Sulaiman yang bersifat pemurah, penyayang dan mengasihani.
"Apakah Sulaiman itu juga bersifat penyayang seperti Tuhannya?" hatinya berbunga dan dia tersenyum sendirian.
Para pembesar sudah bersedia mendengarkan titahnya. Tetapi, baginda ratu bukanlah watak yang suka menitahkan hal-hal yang tidak masuk akal dan baginda tidak akan melangkah lebih jauh membuat keputusan tanpa mengambilkira pendapat para pembesarnya.
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): 'Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
"Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah).
Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku tentang perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya."
Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
"Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita." [Surah an-Naml: ayat 30 - 35]
Sikap Sang Ratu patut diteladani Baginda sang ratu mengutamakan pandangan pembesar, pemimpin kaum dan rakyat jelata sebelum menitahkan sesuatu. Daulat sang ratu terletak di atas restu, suara, pendapat, pandangan rakyat yang mewakili jiwa, ruh serta pemikiran bangsa.
Baginda tidaklah sesuka hati membuat keputusan tanpa merujuk orang-orang di sekelilingnya terlebih dahulu. Sikap dan pendirian ini sangat Islami dan cenderung ke arah pendirian Tauhid walaupun baginda sang ratu bukannya memeluk agama Tauhid. Allah s.w.t merakam pendirian Balqis ini sebagai contoh teladan kepada raja-raja dan pemerintah.
Kedua, dalam fikiran ratu sudah tersemat andaian dan sepekulasi bahawa raja-raja zalim akan selalu merosakkan negeri lalu menyebabkan orang yang paling mulia menjadi hina-dina.
Dengan penuh hati-hati, walaupun diasak oleh para pembesar untuk berperang, maka Balqis tetap menolak saranan supaya kerajaannya berperang dengan kerajaan Sulaiman. Baginda bimbang nasib rakyat jelata yang lebih banyak terkorban.
Lalu baginda ratu memilih jalan perdamaian dengan mengirimkan hadiah sebagai cara melihat tindak-tanduk Raja Sulaiman apabila melihatkan hadiah-hadiahnya yang serba mewah dan barang perhiasan yang berkilauan bak mutiara itu.
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
"Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan."
Giliran Raja Sulaiman bermesyuarat. Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah."
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah."
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, agar kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian."
Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)."
Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.
(Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam." [An-Naml: 36 - 44]
Rendah diri Sulaiman a.s. Apabila ada kalangan rakyatnya yang berjaya pindahkan singgahsana Ratu Balqis itu, Raja Sulaiman memuji dan bersyukur kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya kerana diberikan rakyat yang gagah perkasa dan taat pula pada perintahnya.
Raja Sulaiman berikhtiar keras menimbulkan rasa kagum dalam hati pihak yang didakwahnya agar baginda ratu itu berasa tertarik kepada agama Tauhid.
Antaranya ialah dengan cara mengambil singgahsana Ratu Balqis itu. Singgahsana lambang kepada kekuasaan seseorang raja. Apabila singgahsana raja boleh dialihkan, bererti pihak yang mengalihkan singgahsana itu tentunya memiliki kekuasaan yang lebih, mengatasi kerajaan yang lain.
Paling penting, baik Raja Sulaiman dan Ratu Balqis, kedua-duanya melakukan musyawarah terbuka bersama para pembesar serta rakyat untuk mencari buah fikiran yang berguna dalam menangani masalah kenegaraan dan urusan dakwah.
Taat terangkat selepas musyawarah. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi sentiasa Melihat.
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [Surah an-Nisa': ayat 58 - 59]
Dalam konteks pemerintahan Islam, ketaatan kepada pemerintah, raja-raja itu didahului oleh musyawarah bersama rakyat. Maka, dalam konteks Alam Melayu yang mana Melayu itu beragama Islam, maka perihal ketaatan kepada raja-raja itu mesti dirujuk kepada musyawarah terlebih dahulu.
Raja-raja, pembesar dan pemerintah perlu bermesyuarat mengambil pandangan, membuka ruang terbuka untuk mengambil undi rakyat jika mahu menaikkan pemimpin atau menjatuhkan mereka.
Demikianlah juga.. jika ada pemerintah yang lompat partinya, maka hendaklah rakyat yang terlebih dahulu diminta kata putus persetujuannya. Pendek kata, apa-apa pun projek kenegaraan, menaikkan dan menjatuhkan pemerintahan dan lompat parti, perlulah mendapatkan pandangan umum rakyat terlebih dahulu sebelum berbicara lanjut mengenai ketaatan.
Ini kerana, menurut surah an-Nisa', hal prinsip ketaatan (ayat 59) DIDAHULUI nas yang terkait dengan prinsip penyerahan urusan amanah pemerintahan kepada semua rakyat (ayat 58). Wallahu'alam..
...past. fr. sekolah pemikiran...

Monday, February 16, 2009

..tersebutlah kisah.....

Perlahan-lahan, Tun Nila Utama masuk mengadap dan bersembah di hadapan Baginda Sultan selesai perguruan ilmu persilatannya. Ketika diajukan pertanyaan sama ada beliau mahu beristeri atau tidak, maka Tun Nila pun berkata, "Anak kepada sekalian dato' menteri itu bukanlah perempuan, tetapi betina semata-mata.."

"Tun Nila! Apa bezanya antara perempuan dengan betina?" Sultan Alam Syah Bana, Raja bagi kerajaan Pura Cendana mula murka. Seumur hidupnya, barangkali baru kali ini baginda mendengarkan ungkapan biadap sebegitu yang jelas menghina kaum wanita di negerinya.
"Perempuan.. memelihara maruah," kata Tun Nila. "Tetapi betina.. menjualnya.."
Oleh kerana kejujuran mempertahan pendapatnya itu, beliau dititah keluar negeri untuk akhirnya kembali semula mempersembah seorang wanita bermaruah di hadapan baginda sultan dan pembesar negeri tersebut. Akhir daripada pencarian, Tun Nila memang berjaya membawa pulang seorang perempuan.
Kalau tidak ditafsirkan betul-betul, nanti kaum wanita marah pula. Tentu mereka tertanya-tanya, apakah bezanya antara lelaki dan jantan. Maka jawapannya tetaplah sama, iaitu lelaki memelihara maruah serta jantan itu telah menjualnya.
Jantan dan betina adalah ungkapan yang menggambarkan bahawa manusia itu bukan lagi makhluk bergelar khalifah yang seluruh kehidupannya dibungkus hias dan didandan oleh sifat-sifat kemanusiaan.
Arakian.. rupa-rupanya, sekalian bangsawan dan pembesar di negeri itu ada masalah besar dengan kaum wanita. Menteri Nikah Kahwin pun sanggup menceroboh rumah Puspawangi saat Tun Nila Utama mencari Musang Berjanggut.
"Apa hukumnya, seorang lelaki menceroboh masuk ke rumah wanita ketika ketiadaan suaminya?" tanya Puspawangi kepada Menteri Nikah Kahwin.
"Oh, itu salah besar.."
"Jadi.. kanda pun salah jugalah,"
balas Puspawangi.
"Eh, salah jugalah.. tapi tak apa-apa. Sebabnya, undang-undang dalam negeri ini kanda yang pegang. Itu semua boleh padam.."
Ertinya, kelelakian kaum Adam pun boleh runtuh ke taraf jantan apabila mereka telah menjual maruahnya. Sama sahaja keadaannya. Tanpa maruah, kewanitaan dan kelelakian telah tercabut daripada jiwa mereka.
Cuma.. dalam fahaman Melayu, ungkapan 'anak jantan' itu masih lagi bermaksud mulia kerana diungkap perkataan itu untuk menunjukkan darjah keperwiraan mereka untuk membela hak dan keadilan pusaka, tanahair dan maruah. Maka, dalam konteks penggunaan lafaz ini, 'anak jantan' memang memiliki konotasi yang sangat baik.
Sementara itu, kepenggunaan lafaz 'anak jantan' pada zaman purbakala juga boleh merujuk kepada keadaan tidak bermaruah jikalau 'anak jantan' itu takut merampas dan mengganggu isteri orang, membuat onar serata kampung termasuk mengintai anak dara mandi di tepi sungai. Ini semua gejala-gejala tidak bermaruah, tetapi dianggap tidak jantan jika mereka tak berani melakukannya.
Pada zaman sekarang, seseorang lelaki mungkin dianggap tidak jantan jika tidak pandai merempit, tidak menghisap rokok, berjudi, membuat tatu, memakai anting-anting, menindik hidung dan main perempuan. Walhal, ini semua adalah gejala yang bakal meruntuhkan anak bangsa. Dan, kebanyakan 'anak jantan' yang berani melakukan hal ini secara terbuka adalah anak kepada orang kenamaan, VVIP yang tidak boleh disentuh oleh polis kerana bapa mereka adalah orang terhormat.
Demikianlah.. seorang menteri dianggap tidak bermaruah apabila sanggup menggunakan wangnya untuk membeli kaum wanita, bercakap tidak serupa bikin, tidak jujur dengan undang-undang negara yang digubal melalui lidah, jiwa dan fikirannya. Cakap tidak serupa bikin, memadam kesalahan dengan memperalat perundangan adalah sikap tidak bermaruah menteri.
Makna maruah...Dalam bahasa Arab, mar'atun ertinya perempuan. Daripada segi ini, hubungan kaum perempuan dengan maruah itu jauh lebih akrab berbanding kaum lelaki. Barangkali, kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa maruah sesuatu bangsa atau maruah agama itu terletak kepada maruah kaum wanita bagi sesuatu bangsa dan agama itu.
Misalnya, jika wanita Melayu itu rosak, maka rosaklah maruah Melayu. Atau, jika wanita muslimah itu rosak, maka maruah seluruh umat Islam itu pun tercalarlah sudah. Namun, haruslah diingat juga bahawa..jika wanita bagi sesuatu bangsa itu sudah rosak, maka kaum lelaki bagi sesuatu bangsa itu mestilah segera bertanggungjawab dan memainkan peranannya!
Ini kerana.. ada banyak kejadian yang menunjukkan bahawa kaum lelaki itu jugalah yang telah menyebabkan kaum wanitanya telah tergadai maruah. Kalau wanita itu menjadi penari di sebuah kelab, maka pemilik kelab itu kemungkinannya seorang lelaki juga! Mereka inilah yang telah memperalatkan kaum wanita itu tadi dengan segala janji manis.
Maka, apakah usahanya untuk kita kembali menyedarkan umat ini berhubung persoalan maruah?
Tidak dapat tidak.. memang kita perlu berusaha keras mengkaji, menelaah dan jujur bermuhasabah mengenai kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya daripada semasa ke semasa.
Sementara itu, Kamus Dewan menafsirkan maruah sebagai kehormatan (diri), dan harga diri. Dalam pengertian yang kedua, kamus itu juga menunjukkan pertalian hubungan maruah dengan sifat laki-laki, keberanian dan kegagahan.
Kita boleh juga menyatakan bahawa orang yang bermaruah itu adalah mereka yang berani mempertahan pendirian, tak mudah goyah prinsip perjuangan dan tidak boleh dijualbeli pendiriannya melalui tawaran wang, pangkat, kekuasaan dan wanita yang cantik.
Wanita itu bagaikan cermin....Sementara itu, mir'aatun dalam bahasa Arab bermaksud cermin. Jadi, isteri bagaikan cermin di mana gambaran wajah suami terpantul dalam cermin tersebut. Atau, kita boleh juga menyebutkan bahawa kaum wanita itu bagaikan cermin yang akan memantulkan gambaran sebenar kaum lelaki dalam dirinya.
Jika cermin (wanita) itu gelap, berhabuk dan berdebu, maka kaum lelaki itulah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membasuh dan menggilapnya supaya imej gambaran dan bayangan dirinya akan kembali terang dan cerah di dalam cermin itu. Kaum wanita itu cerminan bagi diri kaum lelaki.
Kalau cermin itu retak dan pecah, maka gambaran lelaki itu sendiri akan turut menjadi cacat. Cermin yang akan cacat dan telah dirosakkan inilah yang akan menebarkan segala benih sengketa di dunia akibat kaum lelaki sudah tidak lagi ambil kisah, tidak peduli dan bersikap tidak bertanggungjawab memelihara, memuliharanya daripada semasa ke semasa.
###
Sultan Alam Syah Bana akhirnya turut berasa malu berikutan kejadian dirinya tertangkap sebagai penceroboh dalam rumah anaknya sendiri tatkala cuba berbuat serong terhadap menantu perempuannya.
Pemerintahan yang bermaruah......"Yang sebenarnya, ayahanda ingin mengetahui apa perbezaan antara perempuan dengan betina. Sekarang barulah ayahanda tahu," kata baginda ketika mula menginsafi kesilapannya. Di sini dapat dilihat betapa sulitnya untuk kita berusaha memulihkan sebuah pemerintahan yang bermaruah.
Kita mungkin boleh memimpin rakyat bawahan dengan mengendong seribu satu macam inti pengajaran guna mengasuh pemikiran darihal pengertian maruah. Tapi, bagaimana cara mengasuh penguasa agar mereka dapat mengusung pemerintahan bermaruah? Hal ini memerlukan kesungguhan yang mendalam, keberanian, kejujuran bertindak dan keikhlasan mempertahan pendirian.
Syahadan wal arakian..
Bermaruahkah sesebuah pemerintahan itu, jika seorang wanita yang lemah; Altantuya of Mongolia diletupkan tubuhnya oleh bom C4? Walhal bom C4 daripada masyarakat tentera yang dibeli melalui duit, cukai rakyat itu boleh dimanfaatkan oleh komando kita yang terlatih guna meletupkan Parlimen Knesset Zionis Israel, di mana dalam parlimen itulah Zionis Israel telah membuat keputusan bedebah, iaitu memperkosa hak rakyat Palestin selama ini.
Tepuk dahi tanya pemikiran. Kepada Najib, mantan Menteri Pertahanan, bak kata Nabil Raja Lawak.. lu pikirlah sendiri.. (Heii.. geramnya..)

sumber ambilan : Harakahdaily

Sunday, February 15, 2009

Ketuanan Melayu : nak tahu...?

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.

Sebelum kemerdekaan
Nasionalisme Melayu Awal
Semangat nasionalisme Melayu sebagai pertubuhan politik tidak wujud sebelum Perang Dunia II. Konsep ketuanan Melayu tidak relevan; kaum Cina dan India tidak anggap diri mereka sebagai orang Malaya. Kajian "British Permanent Under-Secretary of State for the Colonies" pada awal 1930-an mendapati bahawa kebanyakan kaum bukan Melayu tidak menganggap Malaya sebagai tanah air mereka

Perasaan bukan Melayu
Pada 11 Mei 2008, bekas Presiden Partai Gerakan Lim Keng Yaik menyifatkan UMNO memberi layanan pengemis kepada partai-partai komponen Barisan Nasional bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan. Lim berpendapat bahawa walaupun Hak Keistimewaan Orang Melayu dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia, namun hak-hak asasi Orang Bukan Melayu harus dihormati.

Kegagalan
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Ibrahim berpendapat bahawa model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa dan juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara. Zaid Ibrahim turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum.

Saturday, February 14, 2009

Derhaka ke...? tolong sikit......

Kami bukan penderhaka. Kami sama sekali tidak berniat untuk menentang Raja. Kami sekadar berpendapat bahawa keputusan yang diambil Raja di Perak tidak bertepatan mengikut lunas undang-undang.
Kami berbeza, kerana kami berpendapat bahawa jalan terbaik untuk membentuk sesebuah kerajaan, ialah melalui pilihan raya, bukan dengan cara membeli dan mengumpan wakil rakyat.
Adalah tidak adil sesebuah kerajaan dibentuk, bukan dengan mandat rakyat, tetapi dengan mandat rasuah, sama ada dalam bentuk wang, jawatan atau penarikan balik kes-kes jenayah yang sedang dihadapkan ke mahkamah.
Kami berbeza dengan Raja kerana kami berpendapat, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, ialah dengan memulangkan mandat semula, kepada rakyat melalui pilihan raya umum negeri.
Kami hanya meminta, jika pun hendak dijatuhkan sesebuah kerajaan negeri, biarlah dengan cara yang demokratik, iaitu dengan membuat undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Bukan dengan menyuruh Menteri Besar atau anggota Exco meletakkan jawatan atas alasan parti yang memerintah sudah kehilangan majoriti di dewan.
Inilah pendapat dan pendirian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, yang dipilih secara adil dan demokratik dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac 2008 lepas.
Pakatan Rakyat bukan sebuah entiti yang kecil. Ia adalah suatu “force” yang didukung oleh jutaan rakyat Malaysia, terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Kuasa rakyat ini adalah suatu kuasa yang besar, membentuk sebilangan kumpulan yang besar, sehingga berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.
Bilangan yang besar ini dibuktikan dengan, menempatkan suara mereka sebanyak 82 kerusi Parlimen dan beratus-ratus kerusi Dewan Undangan Negeri.
Suara rakyat yang besar ini juga mewakili negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Derhaka Umno Terengganu bukan Pas Perak
Justeru dalam menghadapi krisis di Perak, Menteri Besar Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak keseorangan.
Penyingkiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau, tidak dipersetujui banyak pihak dalam negara, yang tidak gembira dengan keputusan Raja.
Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Raja, manakala, Umno sudah tentu menyokong, kerana mereka mendapat kembali kerajaan negeri dengan cara yang amat mudah.
Apa pun tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, salahkah rakyat punyai pandangan berbeza dengan Raja?
Jika peristiwa di Perak menyebabkan kebanyakan rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja membuat kesilapan, apakah kewujudan persepsi ini menyalahi undang-undang?
Jalan mudah untuk media pengampu BN menjerat Nizar ialah dengan, menuduhnya menderhaka kepada Tuanku.
Namun Umno/BN jangan lupa, “sederhaka” manapun Nizar, jika ia berlaku, jauh lebih bersopan dari sekumpulan pemimpin Umno Terengganu yang “membinatangkan” Raja, dalam demonstrasi di Istana Terengganu, Mac 2008 yang lalu!
Sultan Terengganu dihina dan dilemparkan dengan kata-kata nista oleh orang-orang Umno, kerana mereka mahukan Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.
Orang-orang Pas, KeADILan dan DAP di Perak tidak pernah sama sekali mencera Sultan Perak sebagaimana dilakukan orang-orang Umno di Terengganu.
Soal derhaka tidak timbul sama sekali. Jika ada pihak yang menghasut Raja di Perak, baginda harus mengetahui, memahami dan membuat pertimbangan sewajarnya, jika baginda mahu menjatuhkan hukuman derhaka kepada Nizar.
Kes di Terengganu menunjukkan bahawa yang paling derhaka ialah Umno. Bukan Pas! Umno sanggup buat demo dan membawa kain pemidang yang jelas “membinatangkan” Raja!
Bukankah tindakan pemimpin Umno itu suatu tindakan derhaka? Mana penderhaka itu semua? Mengapa mereka dibebaskan tanpa tindakan?
Apakah mereka boleh derhaka dan menyanggah Raja sesuka hati kerana mereka Umno? Apakah kerana Umno “dilahirkan” di Istana Johor pada 11 Mei 1946, maka segala tindakan mereka terhadap Raja, semuanya boleh “dipejamkan” begitu sahaja?
Apakah kerana Umno terlalu sinonim dengan Raja, maka Raja harus dilihat memihak kepada Umno?
Harus diingat, berlaku dalam sejarah politik negara, yang “memaki hamun” Raja dan melucutkan hak kekebalan Raja pada tahun 1993 ialah orang-orang dan pemimpin Umno.
Umno yang mewujudkan mahkamah untuk membicarakan perilaku Raja.
Kalau boleh “diflashback” atau dimainkan kembali pita siaran televisyen dan akhbar ketika itu, nescaya seluruh rakyat Malaysia akan memahami betapa hinanya Raja di mata Umno.
Siapa yang tampil membela Raja ketika itu? Tanyalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Yang membela Raja ketika itu ialah Pas dan Semangat 46.
Nizar bukan Hang Jebat
Dalam kes Perak, Nizar tidak menderhaka. Nizar bukannya Hang Jebat. Nizar pun tidak mahu menjadi Hang Jebat, seperti hikayat Melayu purba.
Hulubalang Hang Jebat “mengamuk” kerana membela sahabatnya, Laksamana Hang Tuah yang menjadi mangsa fitnah. Di Perak, Nizar adalah mangsa ketidakadilan.
Menurut sejarah tragedi purba kala tersebut berlaku, akibat ketidakadilan titah Sultan Mansur Shah yang dinasihatkan secara salah oleh memanda pembesar istana di sekeliling baginda, yang mempunyai kepentingan tertentu.
Lantaran fitnah tersebut, lalu dititahkan agar Hang Tuah dibunuh. Hikayat lagenda difilemkan dengan lakonan Tan Sri P. Ramlee dan ditayangkan berulang kali dikaca televisyen.
Secara moralnya, rakyat boleh mempelajari daripada ceritera-ceritera ini, berlaku dalam sejarah, ada kalanya orang-orang istana sama ada Raja, Bendahara atau sebagainya, membuat keputusan yang silap.
Sehingga wujud dalam seloka Melayu ungkapan “Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah”.
Dalam kes Perak Nizar tidak keseorangan. Di belakangnya ada berjuta-juta rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat, amat kecewa dengan keputusan yang diambil Sultan Perak.
Rakyat dari kalangan rakyat berbilang kaum menyokong pendirian diambil Nizar, untuk tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar.
Bilangan rakyat yang marah dan kecewa dengan “rampasan kuasa” di Perak bukannya sedikit.
Sehingga ada yang menzahirkan secara terbuka kritikan terhadap Raja. Sekaligus kritikan-kritikan tersebut jika dipaparkan, hanya akan menjejaskan kredibiliti dan integriti Raja.
Akibat daripada persepsi ketidakadilan yang berlaku di Perak, ianya telah mewujudkan pemahaman bahawa “credibility Malay Rulers at stake”, apabila mereka dianggap berpihak kepada Umno.
Raja-Raja Melayu seharusnya “above political parties” dan mengelak wujudnya persepsi di kalangan rakyat bahawa mereka pro atau menjadi alat Umno-BN. Hanya dengan cara sahaja itu kredibiliti dan integriti Raja dapat dipulihkan.
Jalan terbaik untuk memulihkan keadaan di Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan diadakan pilihan raya negeri semula.
Nescaya rakyat akan menerima keputusan pilihan raya dengan baik walau mana-mana pihak yang menang sekalipun, asalkan ianya dijalankan secara adil dan demokratik....diambil dari tulisan Sdra.Mohd Rashidi Hasa.

SIAPA SEBENARNYA PENDERHAKA MELAYU...

Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Titah Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Peristiwa 1. Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika terus melantik Menteri Besar BN yang baru, kata pengerusi DAP Karpal Singh dalam laporan berita Bernama. Beliau berkata Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri.
"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya di satu sidang akhbar. Karpal Singh berkata tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.

Peristiwa 2. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Peristiwa 3. Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993, Allahyarham Tun Ghafar Baba telah mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

Peristiwa 4. Beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Peristiwa 5. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

Peristiwa 6. Apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Peristiwa 7. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta. Buatlah penilaian secara rasional siapa penderhaka kepada Kesultanan Melayu dan orang yang terlibat dalam peristiwa di atas mendokong parti politik mana. Harus diingat janganlah Kesultanan Melayu diheret dalam kancah politik yang berat sebelah. Kesultanan Melayu harus diletakkan di tengah tengah sebagai pendamai bukan pemuas nafsu sebelah pihak. Kembalikan Kedaulatan Kesultanan Melayu.
(sumber : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/letterdetail.php?id=380)

- KEPADA MELAYU UMNO TERUTAMANYA YANG TAK RETI/PAHAM SEJARAH, ANDA DINASIHATKAN SUPAYA PERGI USRAH/TAMRIM DAN PENGAJIAN....KEBODOHAN DAN KETOLOLAN ANDA SANGAT-SANGAT MEMALUKAN BANGSA SENDIRI...JADILAH ORANG YANG BERSEKOLAH -

...nak tahu siapa paling penderhaka.....

Kini, hampir setiap hari kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar.
Inilah politik kotor yang dimainkan oleh 'parti kotor' seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah.
Umno penderhaka agung
Jika Umno tidak diserang penyakit 'amnesia' (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai "penderhaka par excellence" (penderhaka agung).
Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah "kepala penderhaka" apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.
Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK.
Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat.
krisis perlembagaan 1983
Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.
Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam.
Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.
Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13).
Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar).
juara menderhaka Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993.
Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.
mengaibkan raja-raja
Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.
Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka.
Ya, memang benar Nizar mengakui telah "menyembah sembah derhaka" semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan "hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka".
"Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana dan nak buat macam mana?
jahil bahasa istana
Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap Nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka� . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.
Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri Perak, secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan dipecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri Besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.
Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.
Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang?
Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) "lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri" (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)).
undi tidak percaya
Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat hanya menjadi Adun Bebas dan bukannya Adun BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga Adun berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dun.
Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga Adun ini masih boleh dianggap sebagai Adun kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun seperti mana surat mereka yang telah ditandatangani dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.
Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak, surat perletakan jawatan ketiga-tiga Adun tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih boleh dikira Adun atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut hanyalah Dun Perak seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan: "Jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli Dun itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad".
Dun tentukan status Adun
Jelas Dun Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih layak sebagai Adun atau tidak dan keputusan Dun tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M. Sultan melantik Menteri Besar yang baru, Dun Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli Dun Perak.
Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M. Sultan untuk "memohon menyembah sembah derhaka" untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka Umno sebagai derhaka ......tulisan asal daripada Sdra. Mohammad Hanipa Maieden

...antara wikipedia wahabiyah...

Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.
Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.Pengasas....Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.
Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.
Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah].
Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.
Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fat-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.Kebenaran yang mengelirukan...Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924 -kini dan mereka telah merompak bersesuai dengan imam fahaman ini iaitu org yang bukan wahabi adalah kafir dan musyrik.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :
Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924.ini beesesuaian dengan firman Allah kelak akn ada manusia yang mahu menutup kebenaran dan syiar Islam
Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan bertentangan dgn hadis nabi yang mahu kita menziarahi tempat-tempat Islam
Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.
Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai maksiat dan perlu dihapus.
Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
Melarang membaca qasidah
Melarang melagu-lagukan al Quran.
Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.Pandangan Sirajuddin Abbas....Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :
Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
Azan tidak boleh berlagu.
Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [2]
Berdasarkan tulisan Kiyai Sirajuddin Abbas ini, maka kita dapat lihat bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Wahhabi ada benar
Contohnya isu bacaan basmalah kuat atau perlahan, ia menjadi khilaf para ulama mazhab.Begitu juga larangan kepada penduri arwah yang dilarang puak wahabi
Maka kita seharusnya insaf dan tidak terikuit-ikut dengan fahaman wahabi yang extrewm ini. Buku-buku Muhammad bin Abdul wahab mudah untuk didapati di perpustakaan-perpustakaan. Maka berjaga-jagalah dgn fahaman ini kerna ia mengajar tauhid yang mengelirukan umat Islam.
Wahabi di Malaysia....Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahadalah khilafiah abi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).
Jemaah
haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.
Pada 8 Mei 2008 di persidangan
Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenakpasti pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Itulah sebab agaknya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. [Mufti Perlis]], Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun rumour menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali
muzakarah atau perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Perbincangan terbaru dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang pengamal wahabi juga
Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik