Sunday, December 14, 2008

Ceramah Minguan

Sau ceramah mingguan akan diadakan pada tarikh dan waktu sepaerti berikut:

..
..
.

Semua di jemput hadir..

Sebarang pertanyan sila hubungi sdr : Zidane di talian:000000000000

2 comments:

  1. olongan pragmatik dalam dunia seni tanahair tertanya-tanya apakah sebenarnya seni Islam? Kecelaruan fahaman dan epistemologi yang berakar sumberkan sekularisme telah meributkan benak dan jiwa mereka. Bentuk, bukan makna mereka pun memberontak.

    Iklan


    Dengan penuh ragu-ragu, atau sengaja, mereka bertanya: Adakah seni yang Islam itu?

    Fungsi Spiritual

    Sayyid Hossein Nasr (dalam Spritualitas dan seni Islam terj. Drs. Sutejo) berpandangan tujuan akhir dari seni Islam itu baik di dalam cabang apa pun adalah untuk mengingat Allah, kerana itu Nasr menegaskan:

    Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam.

    Nasr menghuraikan Islam terdiri dari beberapa aspek antara lain ialah syariah, tarekat dan hakikat.

    Nasr berpandangan syariat memain peranan penting dalam memberi latar dan persekitaran kepada seni Islam di samping menyediakan batas-batas tertentu atau garis untuk seni Islam itu.

    Nasr bagaimanapun menekankan syariat tidak menunjuk secara khusus bagaimana mencipta seni Islam itu. Seterusnya beliau menulis yang sumber spiritual Islam sudah tentu bertunjangkan al-Quran dan hadis serta sunnah Rasulullah. Di mana sarjana ini menggariskan dalam karyanya yang sama:

    Tanpa dua mata air yang bersumber dari al-Quran dan barakah Nabi, tidak akan ada seni Islam. Suatu karya seni dapat dikategorikan sebagai seni Islam bukan hanya kerana diciptakan oleh seorang Muslim, tetapi juga kerana dilandasi oleh wahyu Ilahi.

    Homo Islamicus

    Nasr ikut menulis yang spiritual Islam itu tentu sahaja akan lahir dari jiwa seniman yang Islam dan suci.

    Apa yang beliau namakan sebagai homo Islamicus, manusia yang mempunyai dua peranan sebagai Abdullah iaitu hamba Allah dan Khalifatullah iaitu wakil atau khalifah Allah di muka bumi. Spritual Islam menurut Nasr hanya akan lahir dari seniman yang taat jiwanya kepda Allah.

    Inilah yang menganehkan kita, sesetengah pendokong pluralisme di negara ini dengan begitu ghairah mengangkat Hossein Nasr sebagai antara pendokong falsafah perennial tetapi ternyata keikhlasan golongan ini berhak kita ragui.

    Mana tidaknya, mereka mahu sahaja menerima (atau sebetulnya mendakwa) falsafah perennial Hossein Nasr selari dengan 'agama baru' mereka iaitu pluralisme.

    Mereka ria mengatakan, 'inilah orangnya yang turut mengiyakan kesamaan agama' padahal bahagian lain dari gagasan besar Hossein Nasr iaitu 'syariah' dengan sengaja dicicirkan dan dipenggal ke tepi.

    Apakah mereka memang licik mengambil separuh-separuh, atau mereka memang jahil lantas memukul tong bahawa 'mereka semacam tahu?'

    Seni Pentas

    Seni di dalam kehidupan boleh sahaja disuntikkan dengan spiritual Islam. Hossein Nasr merujuk kepada seni pentas hari ini yang melibatkan drama, tari dan muzik di mana berasal dari mitos, korban untuk dewa-dewa, ketegangan langit dan bumi sebagai daya tarik ketika ia mula-mula berkembang di wilayah Yunani kuno, India dan Eropah.

    Seni pentas ini telah diberi perspektif Islami dan menjadi aspek spiritual Islam seperti yang ditunjukkan dalam ta'ziyah seni teaterikal masyarakat Syiah yang berkembang ketika dinasti Safawi dan Qajar di Iran dan India.

    Malah ketika dunia sunni mengucilkan seni, aliran syiah dalam Islam memberi nafas yang segar kepada seni pentas.

    Seni seperti ini menurut Nasr meskipun tidak tercipta di pusat Islam dan bukan seni suci tetapi ia boleh dilihat sebagai seni religus kerana hubungan antara spiritual Islam sehingga seni Islam itu tidak harus dilihat secara terhad semata-mata.

    Dari situ Nasr menyimpulkan (rujuk karya yang sama):

    Seni Islam bersifat tenang, mudah difahami, terstruktur dan berkarektor spiritual tinggi?

    Nasr ikut mengkritik segelintir seniman dan sejarawan Islam yang terikut-ikut dengan sarjana barat yang mengabaikan makna spiritual seni Islam. Beliau menegaskan di akhirnya bahawa seni Islam itu selain 'untuk merenungkan kembali hakikat tertinggi yang menuntun menuju Hakikat Terkhir itu sendiri' ia juga secara jelas berperanan penting sebagai 'seni Islam memenuhi tujuan dan fungsinya sebagai penopang dan pembantu ajaran al-Quran itu sendiri dengan bertindak sebagai pendukung untuk mencapai tujuan Islam.'

    Syariah Sebagai Regulatory

    Osman Bakar (dalam satu kertas kerjanya Kesenian Dari Sudut Falsafah) amat bersetuju dengan Sayyid Hossein Nasr bahawa peranan syariah di dalam kesenian Islam bersifat regulatory iaitu untuk menentukan dan mengawal batas sempadan seniman Muslim. Justeru bagi beliau falsafah memain peranan penting di dalam kesenian Islam.

    Makna dengan itu memberikan warna dan kekuatan buat seni Islam, bukannya bentuk yang subjektif dan sia-sia. Kerana itulah kita menolak filem-filem yang hanya mengandungi gambar cantik tetapi tidak bermakna atau menampung dialog lucu tetapi hanya sia-sia.

    Kita juga menolak kisah, novel, karya yang hanya dikaryakan 'demi menjana kelebatan wang serta materi' tetapi mengenepikan ibrah, wahyu Ilahi malah gagal sejajar dengan wahyu Tuhan.

    Kita malah menganggap sebarang usaha untuk mengangkat karya sastera seumpama ini khususnya novel popular (tanpa ilmu, wacana dan hubungan dengan sumebr spiritual) adalah musuh yang harus diperangi.

    Sikap pragmatik 'tak apa' atau fahaman liberal 'beri mereka sedikit muka' atau sikap bodoh bahlol 'kasihan dengan penulisnya' tidak harus dijadikan hujah kerana yang kita pertahankan ialah kebudayaan. Kebudayaan akan menjadi tunjang peradaban.

    Jika kita gagal mengangkat dan memuliakan produk kebudayaan kita, apakah bentuk peradaban yang akan kita angkat?

    Kesenian Mukadas

    Kesenian Islam menurut Osman Bakar ialah kesenian mukadas. Ia harus memiliki kekudusan mauduk.

    Kekudusan mauduk bermaksud kebenaran kerohanian yang dapat mempertemukan manusia dengan kehadiran alam semesta di mana tujuan estetika tidak terlintas di dalam fikiran penciptanya. Tetapi ia indah kerana kebenaran keruhanian yang dipancarkan.

    Kebenaran yang terkandung dalam ajaran wahyu dengan sendiri terdapat pada kesenian mukadas.

    Islam mengutamakan ajaran tauhid yang tulen kerana itu ia menghindar dari sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang memesongkan inti tauhid adalah dilarang.

    Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Matlamat tidak menghalalkan cara.

    Kita awal-awal menolak filem yang mengangkat elemen-elemen tahyul masyarakat Melayu jahiliah, sepertinya soal susuk, nasi kangkang, sihir dijadikan subjek sensasi untuk menarik perhatian padahal ia menunjukkan subjek seni itu jauh dari pusat seni Islam iaitu tauhid.

    Di dalam Islam seni mengangkat pesan kebenaran. Kebenaran-kebenaran kerohanian dan intelektual yang melampaui ciri-ciri jiwa individu atau unsur-unsur subjektif menjadi kekuatan karya Islam. Osman Bakar berpandangan kesenian Islam mestilah bersifat objektif.

    Usaha Mengangkat Novel Popular

    Atas dasar ini jugalah kita menolak novel popular atau karya wang kerana produk-produk ini adalah ?produk anak haram? yang lahir hasil persenggamaan jijik kapitalisme + sekularisme. Akibatnya lahirlah satu karya sekular (yang boleh sahaja mengambil rupa sebagai karya pop kerana kelahirannya ialah untuk menjana wang).

    Ini tidak terhad kepada seni sastera sahaja, filem-filem yang dijana untuk mengaut keuntungan di box-office dengan mengangkat hal-hal nafsu manusia yang rendah seperti 'tragedi mat rempit' atau 'percintaan kanak-kanak dua bangsa' atau 'pontianak yang berterbangan' pada kita adalah sama sahaja jenisnya, iaitu hasil anak haram fahaman sekularisme dan kapitalisme.

    Menurut Osman Bakar lagi kesenian sekular ialah karya kesenian yang tidak mempunyai tema keagamaan sebagai subjeknya. Temanya ialah hal keduniaan semata-mata.

    Beliau menegaskan kesenian sekular ialah kesenian yang tidak mempunyai tema keagamaan sebagai mauduk.

    Akan tetapi kita berasa kecewa kerana sesetengah karyawan seni yang muslim tidak memahami hakikat kejadian mereka di muka bumi ini lalu menggunakan pelbagai alasan untuk mempertahankan 'kebenaran mereka yang berbenang basah'.

    Seniman Juga Khalifah Allah

    Tujuan hidup seorang muslim ialah mengabdikan diri kepada Allah. Matlamat seni di dalam Islam adalah sama dengan tujuan hidup manusia menurut Islam.

    Kerana itulah pengarah filem, penggerak teater, pengarang cerpen, birokrat sastera tidak terhindar dari matlamat kejadian mereka ini.

    Islam juga dalam hal ini, dengan sendirinya menolak l'art pour l'art iaitu seni untuk seni kerana 'ini akan memberi kebebasan kepada seni sebebas-bebasnya tanpa pimpinan'.

    Islam juga menolak percampuran antara nilai baik dan buruk kerana ia tidak akan membawa peningkatan kepada pengabdian.

    Justeru kesenian keagamaan sahaja tidak memadai kerana ia tidak merujuk secara langsung kepada unsur peribadatan dan prinsip keruhanian.

    Oleh itu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, sedang kita kembali kepada fitrah, moleklah seniman yang ada di luar sana memikirkan dan bermuhasabah akan kejadian diri mereka dan menilai semula hujah-hujah yang selama ini mereka gunakan.

    Kerana menulis karya sastera, mengarah filem dan mementaskan teater adalah sama seperti berpuasa, ada pantang larangnya, ada boleh dan tidak boleh malah paling utama dan awal sekali ialah niatnya kerana Allah.

    Jauh dari itu, puasa dan bekerja seni itu adalah bahagian dari syariah dan bahagian dari manifestasi kemurnian akidah.

    - wong jowo akeh seni -
    (seni dlm bahasa jawa halus ialah KENCING)
    ..jgn. marah wong jowo.....

    ReplyDelete
  2. Dalam solat seharian, kita diwajibkan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat. Malah, menurut jumhur ulamak melalui sesetengah hadis, mereka menfatwakan bahawa tak sah solat itu jika tidak disertai oleh al-Fatihah. Iklan



    Bahawa, dalam surah al-Fatihah itu sendiri terkandung suatu doa yang sangat agung. Iaitu "Tunjukilah kami ke jalan yang lurus." (al-Fatihah:6)

    Maka sebab itulah sebelum Rasulullah s.a.w wafat, diriwayatkan tidak lekang bibirnya itu daripada menyebut 'umatku' dan 'as-Solat'. Menurut hemat saya, solat itulah yang terawal diperintah ke atas Nabi Musa a.s ketika baginda bertemu dengan Tuhan di puncak sebuah bukit tatkala mahu mengambil percikan api di atas bukit tersebut.

    "Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu!" demikianlah firman Tuhan kepada Musa a.s tatkala baginda berdiri di atas Bukit Thursina.

    Oleh kerana Musa menerima perintah solat di tempat yang tinggi seperti bukit maka pada masa Nabi Muhammad pula, Allah mengangkatnya ke tempat tertinggi tatkala menerima perintah solat, iaitu baginda menerimanya di langit tertinggi dalam kes Isra' Mikraj.

    Tidak cukup dengan itu, Allah s.w.t mempertemukan semula Nabi Musa dengan nabi kita untuk berunding mengenai satu perkara berhubung solat ke atas umat Muhammad.

    "Mintalah dari Allah, pengurangan solat itu wahai saudaraku Muhammad. Sesungguhnya umatku sendiri terbeban dengan sebab solat," demikian wasiat Musa terhadap saudaranya yang tercinta, Muhammad s.a.w.

    Sebagai seorang yang selalu kasih akan umatnya, baginda akur dengan pesan saudaranya di alam roh itu. Lalu baginda naik semula dan turun semula bertemu Musa untuk beritahu akan jumlah pengurangan itu. Musa berkeras dengan katanya:

    "Minta dikurangi lagi.. masih besar bebanan solat itu," demikian Musa mendesak.

    Turun naik Rasulullah s.a.w itu akhirnya menjadikan bilangan solat yang diwajibkan tadi cuma tinggal lima waktu, seperti yang ada pada zaman kita ini. Allah mengurangkan nilai rakaat dan waktu

    "Cukup-cukuplah wahai saudaraku Musa. Aku khuatir.. setiap kali naik, Allah kurangkan kepada 5. Jadi, sekarang tinggal 5. Kalau naik kali ini, jangan-jangan sudah tiada apa-apa yang tinggal untuk umatku," demikian hujah baginda. Musa pun akur.

    Maka, solat ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w ini sangat istimewa sifatnya. Ini kerana, baginda Rasulullah s.a.w dijemput naik ke langit untuk menerima perintah solat. Hal ini tidak seperti rasul-rasul yang terdahulu.

    Solat umat Muhammad s.a.w, dibahas Musa a.s
    Kedua, tidak seperti nabi-nabi lain, wasiat terakhir sebelum baginda wafat ialah umatku dan solat. Kisah pesanan terakhir ini tidaklah termasyhur dalam kalangan rasul terdahulu. Cuma ia termasyhur dalam kisah perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w sahaja.

    Ketiganya, solat ke atas umat baginda ini telah dikupas, dibahas serta didebatkan seorang nabi dan rasul yang sangat terkenal kisah perjuangannya di dalam al-Qur'an. Kepada nabi Musa, kita patut berterima kasih, kerana dengan sebab pesannya, maka kita mendapatkan keringanan yang sangat besar. Tidak terbeban rasanya menjalani kehidupan ini.

    Solat ke atas umat-umat terdahulu, tiada 'campurtangan' oleh nabi-nabi sebelumnya. Dan, saat mendapat perintah solat itu, Rasulullah s.a.w menerima penghormatan menjadi imam solat di mana makmum baginda adalah sekalian nabi yang terdahulu daripadanya.

    Semua ini menyebabkan solat umat Nabi Muhammad terpandang sebagai istimewa. Dan, kerana wujudnya 'campurtangan' Musa a.s ke atas tatacara solat terhadap umat Rasulullah s.a.w inilah, maka kita patut berasa berbangga kerana Nabi Musa mengiktiraf, menyetujui tatacara solat umat Nabi Muhammad ini.

    Sekali gus, kisah Isra' Mikraj ini adalah suatu tamparan hebat ke atas dakwaan Yahudi ini bahawa solat umat Islam meniru-niru solat umat Yahudi. Malah kaum Yahudi perlu sedar bahawa junjungan mereka sendiri, Nabi Musa telah mengiktiraf solat umat Muhammad di dalam peristiwa bersejarah itu. Jadi, kenapa tidak diikutkan saja tatacara solat kita?

    Bani Israel diminta bersolat bersama umat Islam
    "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama mereka yang rukuk." (al-Baqarah: 43)

    Ada riwayat menyebut bahawa dalam solat umat Yahudi tiada rukun yang bernama rukuk dan sebab itulah di dalam ayat di atas, Allah s.w.t memerintahkan Bani Israel untuk terus bersama-sama umat Muhammad, meneruskan solat sebagaimana solat yang telah diiktiraf oleh junjungan besar mereka, Nabi Musa a.s sendiri, iaitu solat yang ada rukuk.

    Maka, Tuhan berpesan kepada Bani Israel, rukuklah bersama orang yang rukuk. Sebab, di dalam solat Bani Israel, tiada rukun yang bernama rukuk. Wallahu'alam..

    Dalam sebuah paparan klip video yang tersebar luas di internet YouTube ada ditunjukkan mengenai betapa solat umat Islam itu sendiri telah meniru-niru tatacara solat Yahudi. Hal ini sepatutnya didebat bersama jika mereka benar-benar jujur menerima kebenaran.

    Lihatlah juga pendapat Buya Hamka melalui tafsirnya yang terkenal, iaitu Tafsir al-Azhar berhubung surah al-Baqarah, ayat 43 tersebut.

    Kemudian mengapa disuruh lagi rukuk bersama dengan orang yang rukuk? Tidakkah cukup dengan perintah sembahyang saja? Apakah ini bukan kata berulang?

    Bukan! Ada juga orang yang berfaham bahawa asal aku sudah sembahayang sendiri di rumahku, tidak perlu lagi aku bercampur dengan orang lain. Itulah yang salah! Sembahyang sendiri pun belum sempurna, tetapi rukuklah bersama-sama dengan orang yang rukuk, bawalah diri ke tengah masyarakat. Pergilah berjemaah!

    Maksud kedua, arti rukuk ialah khusyuk. Jangan hanyaa asembahyang asal sembahyang, sembahyang mencukupi kebiasaan sehari-hari saja, tidak dijiwai oleh rasa khusyuk dan ketundukan.

    Inilah yang diserukan kepada Bani Israel itu yakni agar mereka teruskan saja agama yang diajarkan Musa kepada lanjutannya, iaitu yang diteruskan oleh Muhammad s.a.w agar mereka menjadi Muslim, menyerah diri kepada Tuhan, dan hiduplah sebagai Muslim yang sejati.

    Sekian catatan, nukilan dan pandangan Buya Hamka. Umat Muhammad s.a.w sepatutnya berbangga dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi keringanan dalam solat itu. Juga, patut berterima kasih atas kasih sayang Rasulullah s.a.w yang berusaha kerasa demi mendapatkan keringanan solat itu kepada kita.

    Tidak dilupa juga, kita perlu melebarkan dakwah kepada umat Yahudi, mengajak mereka bersolat dan rukuk bersama kita kerana memang itulah perintah Allah ke atas mereka dan sebagai lafaz tanda terima kasih kita ke atas Nabi Musa a.s yang telah membantu baginda Rasulullah s.a.w dalam urusan memberi idea untuk meringankan beban solat kita ini.

    - ojo tinggal solat yo -
    ..zidane pandai cakap jawa la...

    ReplyDelete