Monday, December 15, 2008

tok guru


jangan lupa pos tau

2 comments:

  1. Assalamualaikum pembaca.................BRITISH tidak meruntuhkan orang Melayu dengan menjatuhkan Raja-rajanya, tetapi dengan melahirkan pemimpin-pemimpin Melayu yang rakus dan tidak mempunyai jati diri. Maka, selepas Perang Dunia Kedua, lahirlah sekumpulan aristokrat Melayu berpendidikan Barat untuk diserahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada mereka. Iklan



    Selepas 50 tahun mereka mengambil alih kuasa daripada penjajah, orang Melayu menerima nasib seperti orang India. Yang berbeza hanya orang India dilumpuhkan oleh penjajah, tetapi orang Melayu dibangsatkan oleh anak bangsa sendiri yang menjadi alat kepada penjajah.

    Dan memang tidak menghairankan apabila Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 301,000 keluarga orang Melayu berada pada paras pendapatan kurang daripada RM1,000. Jika satu keluarga mempunyai purata lima orang ahli, maka lebih 1.5 juta orang Melayu menghadapi masalah ini.

    Bukankah selepas 13 Mei 1969, telah dibentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membela kaum Bumiputera, tetapi mengapa ia gagal. Orang Melayu terus mengungguli carta kemiskinan, di samping carta masalah sosial juga. Apakah kita tidak sedar selama ini orang Melayu sendiri yang menguasai politik negara dan mereka mempunyai bidang kuasa untuk membela kepentingan orang Melayu?

    Nah! Sekarang orang Melayu sesudah 50 tahun di bawah ketiak Umno mereka terus merempat. Yang membesarkan tembolok hanyalah pemimpin Umno dan anak menantu mereka. Orang Melayu yang lain tidak memperoleh apa-apa. Di kalangan pemimpin Umno sendiri mereka lebih ghairah untuk bercakap soal mahu lawan atau tarik diri dalam pemilihan parti, daripada bercakap soal nasib bangsa dan negara. Tidak adapun sungutan yang benar-benar serius terhadap kedudukan orang Melayu sekarang.

    Umno lebih berminat untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kroni-kroni mereka, tetapi tidak mahu langsung membantu orang-orang Melayu yang miskin. Kalau nampak seperti hendak ditolong pun, ialah kononnya membela orang yang terbiar di negeri yang dikuasai pembangkang.

    Sudah berapa banyak projek-projek raksasa diwujudkan untuk kroni, tetapi tidak memberikan manfaat kepada orang Melayu.

    Dalam dunia pendidikan yang dianggap jambatan untuk memisahkan orang Melayu daripada kemiskinan, bukan sahaja bahasa Melayu terpinggir, sekolah-sekolah agama milik orang Melayu juga turut menjadi mangsa. Di universiti-universiti awam, sektor-sektor pendidikan yang strategik di fakulti perubatan, undang-undang, perakaunan, ekonomi, kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan dan seumpamanya, jumlah pelajar Melayu amat sedikit berbanding bangsa lain. Orang Melayu lebih banyak ditempatkan di fakulti sastera, pengajian Islam, sains sosial dan sebagainya yang dilihat kurang nilai komersialnya.

    Maka orang Melayu sukar untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan ini. Di IPTS seperti MMU yang banyak melahirkan tenaga profesional yang laku di pasaran pekerjaan, hanya 20 peratus sahaja tenaga akademiknya orang Melayu, manakala pelajarnya yang berbangsa Melayu pula hanya sekitar 25 peratus.

    Amat jelas sekali bahawa Umno tidak mempunyai komitmen dan tidak serius langsung dalam mengangkat martabat orang Melayu, melainkan retorik kosong sahaja. Orang Melayu jangan terkeliru dengan isu-isu perkauman seperti isu Pengurus Besar PKNS, isu sewa Flat PKNS, isu ladang babi moden atau isu orang bukan Melayu di UiTM, kerana ialah adalah isu kulit sahaja. Yang lebih besar ialah apakah pembelaan kerajaan Umno terhadap orang Melayu atau Bumiputera.

    Selama ini, Umno hanya membantu menambahkan kekayaan pemimpin mereka, sehingga ada yang membina banglo lebih besar daripada istana. Mereka bercakap seolah-olah Pakatan Rakyat lebih mengutamakan orang bukan Melayu, tetapi Umno yang mempunyai kuasa yang lebih besar, langsung tidak mempedulikan orang Melayu.

    Dalam keadaan seperti ini, dengan kegawatan ekonomi global, maka orang Melayu akan terus tersingkir daripada arus perdana. Orang Melayu paling miskin, paling ramai penagih dadah, paling ramai bermasalah sosial, paling tercorot dalam pendidikan dan sebagainya. Bahkan, kuasa politik orang Melayupun turut terjejas kerana permainan politik Umno.

    Jika dalam tempoh 50 tahun sahaja, nasib orang Melayu sudah tidak menentu, bagaimana agaknya orang Melayu 50 tahun akan datang jika Umno terus diberikan kepercayaan. Orang Melayu mesti sedar hakikat ini dan data-data Jabatan Perangkaan itu hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada ratusan masalah lain yang dihadapi sekarang.

    Ayuh melayu, bebaskan dari UMNO; atau terus jadi MELAYU yang layu....

    ReplyDelete
  2. Ramai di kalangan masyarakat dewasa ini terkejut akan munculnya sikap pertikaian terus menerus rakyat Malaysia terhadap institusi fatwa di negara ini. Betapa lantangnya mereka menggasak para ulama' yang terlibat serta melibatkan maruah umat Islam seluruhnya. Iklan



    Pada pandangan umat Islam yang cukup optimis dan yakin dengan sistem syariah Islam, mereka telah lama menganggap bahawa keadaan negara ini sebenarnya amat kekurangan fatwa yang dikeluarkan.

    Malah tujuan fatwa di dalam syariah Islam adalah untuk didaulatkan dan diimplementasikan secara siasah. Kerana itulah institusi ulama'-mufti sedari dahulu mendampingi sistem umara'-kesultanan Islam.

    Institusi mufti di Malaysia bukan perkara atau entiti baru di tanahair ini. Sebelum adanya Perlembagaan 1948 dan Pembentukan Malaysia 1963 lagi, tanah ini telah diperintah oleh para Sultan yang mengambil Islam sebagai 'dustur' (kandungan perlembagaan) mereka.

    Tidak ada istilah 'creeping islamization' atau istilah 'islamic diffusion' yang menjalar menjadi adi jagat menyesak agama dan budaya lain. Kebebasan telah banyak diberika untuk pengamalan ajaran lain.

    Tetapi ada suatu agama baru yang mulai memenuhi minda rakyat Malaysia yang tidak menepati terma ?Kepercayaan kepda Tuhan? di dalam Rukunnegara iaitulah agama ?sekularisme?. Inilah punca segala pertentangan ini.

    Jika diteliti lebih mendalam, bagaimana munculnya idea sekular yang mencabar nama dan maruah para ulama? di negara ini? Tidak segan dan silu untuk digariskan bahawa para pentadbir dan pemimpin eksekutif sendiri yang telah mencarik institusi agama, syariah, mufti dan sebagainya.

    Kes penghinaan terhadap hudud, mahkamah syariah, pemecatan mufti tanpa sebab yang kukuh, peminggiran atwa sekian lamanya, penghinaan terhadap sunnah nabi (serban) dan serangan bertalu-talu terhadap sekolah-sekolah agama rakyat adalah antara saham besar yang menumbuhkan sikap berani sekularis untuk menghina fatwa di Malaysia.

    Sejak dahulu golongan non-muslim tidak berani menghina syariah dan hukum hudud. Tetapi contoh dan tauladan daripada pemimpin telah membina minda yang memandang remeh kepada status Islam di dalam perlembagaan sendiri.

    Selain tidak perlu melayan sikap dan tindakan pihak bukan Islam yang mengambar gemburkan bahawa fatwa akan juga mempengaruhi mereka, kita perlu juga terus-menerus mengadakan sesi dialog dan penerangan agar mereka memahami Islam.

    Mereka dahagakan ilmu dan info yang 'benar' dan 'sahih' sahaja tentang Islam. Namun kepada golongan sekularis yang bertuhankan akal, persiapan perundangan, kesatuan umat Islam dan kesedaran jihad sahaja yang bakal menjadi benteng kepada syariah Islam di Malaysia.

    Jika diteliti kepada huraian fatwa terhadap senaman yoga secara sistematik, kita perlu meneliti atau mengaitkan dengan beberapa aktiviti yang juga mengandungi isi kandungan sesat dan kufur.

    Sebagai contohnya adalah ajaran silat tertentu yang bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka juga tergolong dalam golongan yang haram untuk diikuti. Tidak timbul hanya yoga yang diharamkan.

    Yoga diharamkan bukan untuk penganut agama lain

    Isu yoga hanya dipolitikkan dan digembar gempurkan hanya apabila ia mengaitkan nama agama iaitu Hindu dan Islam. Bukan semua umat Islam menyertai yoga. Malah ia bukan perkara rutin yang menjadi keperluan semua manusia seperti makanan.

    Pengharaman hanya sah terhadap pesertanya sahaja yang terdiri daripada penganut Islam sahaja. Adakah pengharaman ini menghina agama Hindu? Tidak sama sekali. Piawaian setiap agama adalah tidak sama. Jika ada perkara tertentu yang ada kaitannya dengan keagamaan biarkan sahaja agama itu menetukan peraturan terhadap penganutnya.

    Tahun ini bukannya penanda kepada kemunculan agenda penghinaan terhadap fatwa malah fatwa telah juga dipinggirkan sejak beberapa dekat sebelum ini.

    Sebagai contohnya fatwa amat jarang juga dilegislatifkan dan digazetkan. Fatwa pengharaman rokok sebagai contoh. Mengapa fatwa ini tidak memperlihatkan kredibiliti dan kehebatan syariah Islam yang cukup perihatin terhadap kesihatan manusia?

    Mengapa pula tidak dibantah. Tetapi dalam diam fatwa tetap dibantah. Ia dipinggir dan dianggap tiada bernilai apa-apa oleh semua bangsa di negara ini. Hinggalah isu-isu fatwa mulai diperdebatkan oleh kelompok sekular.

    Inilah peranan semua umat Islam untuk turun ke gelanggang, mencari sasaran dakwah demi mempergiatkan kesedaran terhadap syariah Islam yang menjaga semua umat manusia ini.
    - main futsal kat sg. nibong la..lagi baik dpd. yoga -

    ReplyDelete