Friday, January 9, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMAD
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMAD( Sallallahu alaihi wasallam )Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijriah di lembah Uranah Gunung Arafah.Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa agar orang lain tidak menyakiti kamu pula, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengaharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan dari sekarang.Berwaspadalah terhadap syaiton demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita -wanita kamu dengan baik dan berhemahlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat demi harta kekayaan kemu, kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawapkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau Rasul yang akan datang selepas dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya itulah Al Quran dan Sunahku.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain. Semuga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba MU

No comments:

Post a Comment