Wednesday, January 7, 2009

Salah satu lapangan dakwah yang kadangkala mungkin dilupakan masyarakat kita ialah gera k kerja lapangan yang menyeru kepada golongan peniaga supaya berlaku adil di dalam hal timbangan dan sukatan barangan dalam kegiatan berjual beli.

Amalan menipu dalam sukatan timbangan seperti ini menindas dan mendatangkan kerugian kepada golongan pembeli dan menindas mereka. Amalan menindas ini termasuk dalam kategori kezaliman. Dan hal kezaliman itu sememangnya diperangi oleh Islam.
Dalam surah al-A'raaf, ayat 85 ada dirakam beberapa pesanan Nabi Shuaib a.s ke atas pada kaum peniaga di Madyan yang gemar menindas melalui penipuan dalam berjual beli itu:
"Dan (Kami utuskan) kepada kaum Madyan saudara mereka, Syuaib. Dia berkata: Wahai kaumku, sembahlah Allah, tiadalah Tuhan bagimu selainNya. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata daripada Tuhanmu. Lalu, sempurnakanlah takaran dan timbangan dan jangan kamu kurangi barang-barang takaran dan timbangan bagi manusia, dan jangan membuat kerosakan di bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman."
Dakwah melalui teladan
Dalam wacana dakwah yang selalu dibincangkan dalam negara kita, mungkin kita biasa terserempak dengan istilah dakwah bil hal (seruan dakwah melalui tindakan) serta dakwah bil qaul (seruan dakwah melalui percakapan lisan).
Lazimnya dakwah terkait dengan seruan �amar makruf dan nahi mungkar�, seruan ke arah kebaikan dan mencegah keburukan dalam masyarakat. Mungkin untuk permulaan di sini, kita berdepan dengan kesulitan dalam meluaskan skop pentafsiran tentang konsep kebaikan dan keburukan.
Contohnya, dalam media penuh dengan paparan gejala negatif pemuda seperti hal penzinaaan, mendekati amalan perjudian, arak dan lain-lainnya. Apakah gejala negatif di dalam masyarakat kita hanya terbatas kepada hal itu? Para digma ini secara tidak langsung telah menyempitkan pandangan umum ke atas gejala kemungkaran.
Oleh itu, apabila disebut kemungkaran, maka pandangan umum cuma menoleh ke arah gejala rempit yang lazimnya terkait terhadap masalah kaum pemuda. Di mana gejala kemungkaran peniaga, majikan dan kapitalis sebagai contohnya? Di mana kemungkaran kaum penguasa pula yang terbabit dengan skandal politik wang dan rasuah?
Menyentuh bidang kemakrufan, kita cenderung menumpukan kerohanian. Contoh paling mudah di bulan Ramadan, media menghebahkan fadhilat solat terawih, tadarus al-Quran dan lainnya. Ada k ah kebaikan cuma terkait dengan kerohanian, zikir dan wirid?
Bagaimanapun, tulisan begini tidaklah bermaksud menafikan kepentingan amalan kerohanian seperti itu. Cuma, apa yang ingin ditimbulkan ialah-adakah seruan dakwah itu menganjurkan kebaikan yang cuma terbatas dalam aspek pengisian rohani?
Ulama utamakan mengarang kitab
Diriwayatkan juga para alim ulama dulu bangun malam bukan cuma bersolat. Ada kisah menunjukkan, mereka hanya solat dua rakaat. Baki masa seterusnya diperuntukkan untuk mengarang kitab di malam hari.
Ertinya di sini, kemakrufan itu yang terlebih baik dan utama bagi para ulama ialah amalan kebaikan seperti mengajar dan mendidik yang akhirnya menumbuhkan pengertian yang mendalam terhadap jiwa oran g lain untuk beramal dengan agama mereka. Berbalik kepada perbincangan asal, dakwah Nabi Shuaib a.s itu ada perbezaannya dengan seruan para rasul lain yang selalunya dakwah itu menganjurkan agar menyembah Tuhan dan mengerjakan solat, zakat dan seterusnya menjauhi segala kerosakan.
Dakwah dan seruan baginda seperti yang dirakamkan dalam surah al-A�raaf ayat 85 itu bolehlah kita simpulkan seperti di bawah:
Sembahlah Allah, tiadalah Tuhan bagimu selainNya. Sempurnakan takaran serta timbangan. Jangan kurangi barang-barang takaran dan timbangan ke atas manusia. Jangan membuat kerosakan di bumi sesudah Tuhan memperbaikinya.
Justeru, dalam realiti kehidupan manusia hari ini kita melihat sikap kaum Madyan ini kembali menular dalam masyarakat kita. Malah, hal penindasan ke atas kaum pembeli ini semakin hebat berbanding sikap kaum Madyan di zaman Nabi Shuaib a.s dahulu.
Kaum peniaga hari ini tidak hanya menipu sukatan di dalam penimbangan, malah mereka sudah menyorokkan bahan-bahan keperluan, supaya dengan itu harga barangan itu makin naik dalam pasaran.
Kaum penternak juga tidak terkecuali dalam hal ini. Ada kes yang menunjukkan bahawa penternak telah membunuh anak-anak ayam, supaya harga ternakan ayam makin naik berikutan kekurangan ayam daging dalam pasaran.
Hal yang sama berlaku ke atas kekurangan gula baru-baru ini. Bagaimanapun, hal ini masih menjadi ur usan menteri perdagangan dan hal ehwal pengguna dalam negeri dan bukan menjadi ur usan dakwah semua pihak yang mengaku diri sebagai Muslim.
Perluaskan skop penguatkuasa agama
Ini kerana, penguatkuasa agama cuma bertindak ke atas pasangan bersekedudukan dan menangkap mereka yang makan dan minum di bulan Ramadan dan lain-lain amalan yang kelihatan jelas bertentangan dengan larangan agama.
Andainya agama itu dilihat daripada kacamata yang luas, maka lebih ramai tenaga penguatkuasa yang boleh dikerah untuk pemantauan, hasil aduan khalayak. Nam un, suatu hal yang amat penting bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan ialah kemahiran menyamar oleh penguatkuasa itu sendiri.
Dalam suatu program temubual di televisyen bersama Menteri KPDNHEP, Datuk Shafie Abdal baru-baru ini berkata, pemantauan harga kurang berkesan lantaran peniaga meletakkan semula harga tinggi setelah beliau pulang daripada kerja lapangan di sesuatu tempat perniagaan.
Tambah Shafie, apabila para peniaga menyedari kehadirannya serta penguatkuasa ketika pemantauan harga dilakukan, golongan peniaga mula meletakkan harga sebenar di premis perniagaan mereka.
Nam un, kata beliau, harga barangan itu kembali dinaikkan setelah beliau dan para penguatkuasanya beredar dari situ. Mungkinkah ada pihak tertentu yang memberi isyarat awal mengenai kedatangan beliau untuk gera k kerja pemantauan?
Jika tidak, semakin banyak aduan sekalipun, hal ini mungkin gagal diatasi. Rakyat sedar bahawa hal kenaikan harga yang tidak terkawal ini perlu dibanteras. Sama ada seruan ke atas para peniaga yang tidak jujur ini bern ilai dakwah atau tidak, rakyat tetap berjuang menolak penindasan peniaga yang tidak jujur ke atas kaum pengguna.
Hanya kita menunggu agamawan berkempen dengan serius bagi membantu pihak kerajaan supaya gelora masyarakat terus bangkit bersama, berjuang bagi menolak amalan penindasan kaum peniaga ini ke atas semua pihak.

No comments:

Post a Comment